Kalau tidak kerana DAP, Menteri Besar Selangor hari ini sudah tentulah YB Azmin Ali, bukan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Tapi kerana masa panjang yang mungkin diambil untuk meyakinkan DAP agar menerima Azmin sebagai Menteri Besar sebaik Selangor kekal di tangan Pakatan Rakyat selepas PRU13 yang lepas, maka Khalid terpaksa dilantik semula ke jawatan tersebut.
Atau Selangor mungkin tidak mempunyai kerajaan untuk satu jangka masa yang panjang.
Khalid memang bukan calon pilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan tersebut dari mula, tapi kerana prosedurnya seorang Menteri Besar perlulah terdiri dari ADUN yang mendapat sokongan majoriti dalam dewan, maka tidak ada pilihan lain selain melantik Khalid.
Bagaimanapun, ketidak upayaan Khalid menguruskan Selangor selayaknya sepertimana seorang Menteri Besar, sudah mula menampakkan kesan. Ini diakui sendiri oleh Anwar yang dalam satu majlis di Petaling Jaya baru-baru ini mengecam secara terbuka cara Khalid mentadbir negeri.
Terutama dari cara Khalid mengendalikan lebihan dana yang tidak dibelanjakan kerajaan negeri dan agensi-agensi dibawah kendaliannya. Sebaliknya, Khalid berbangga pula dengan lebihan dana tersebut, tak sedar yang lebihan itu menunjukkan ada projek dalam perancangan bajet dibentangkan tahun sudah yang tidak dilaksanakan.
Inilah masalah bila seorang ahli korporat menjadi Menteri Besar. Selangor bukan sebuah syarikat dimana penjimatan peruntukkan bermaksud lebih untung sesebuah syarikat. Dalam soal pentadbiran negeri, bila ada peruntukkan yang tidak dibelanja, maksudnya rakyat menderita.
Agaknya sebab itulah sudah ada suara sumbang yang mempertikaikan apa lebihnya kerajaan Selangor hari ini berbanding kerajaan Selangor dibawah pentadbiran BN dulu? Wang banyak, tapi rakyat tetap menanggung kos kehidupan yang tinggi.
Benarlah ada subsidi air percuma 20m3. Tapi anak yang lahir tahun 2008 (sejak subsidi ini diperkenalkan) sekarang sudah berusia 6 tahun, dia tidak lagi mandi dalam besen macam dulu, tapi sudah pakai pancuran air.
Maksudnya disitu, penggunaan air semakin bertambah sedangkan subsidi kerajaan negeri masih macam itu juga, tidak berubah. Tak sebut lagi yang subsidi itu tidak menyeluruh, pengguna meter pukal tidak merasa.
Begitu juga dengan subsidi minyak dan pendidikan percuma. Selangor sudah sepatutnya boleh melaksanakan semua itu sekarang dengan dana yang ada, tak payah tunggu perubahan berlaku di peringkat kerajaan persekutuan pun.
Kita ada banyak wang apa, bukan masalah nak membayar tambahan 40 sen lagi dari subsidi sedia ada kepada rakyat Selangor yang mengisi minyak di negeri ini.
Justeru, sampailah masa perubahan berlaku dalam pentadbiran negeri Selangor. Cuma persoalannya nak macam mana, undur dengan terhormat atau undur dengan paksaan?
Pada waktu ini, aku tak rasa ada lagi ADUN DAP yang masih ragu dengan keupayaan Azmin mentadbir. Beberapa siri perjumpaan antara Anwar dan ADUN DAP ini telah meyakinkan mereka bahawa Azmin boleh melakukan lebih baik untuk Selangor dari Khalid..
Tapi dalam masa yang sama kita pun taknak bagi peluru percuma kepada musuh dengan pemecatan Khalid melalui undi tak percaya dalam DUN.
Maka itu lebih baiklah Khalid berundur secara baik dan membuka jalan kepada Azmin.
No comments:
Post a Comment