UMNO aku jangka sudah mengarahkan agensi penguatkuasaan siber kerajaan untuk mengesan siapakah dia orang bernama Saravanan ini yang sedang mencipta kejutan di Facebook apabila berani mempersoalkan acara korban lembu yang diadakan di kawasan sekolah.
Video rakaman perbualan antara Saravanan dan guru besar sekolah terbabit tersebar secara meluas di Facebook.
Pada aku, siapa Saravanan tidak penting, yang penting sekarang ialah keberaniannya mempersoalkan kewajaran menyembelih lembu oleh umat Islam pada hari perayaan Aidiladha!! Sebelum ini siapa yang berani?
Aku diberitahu Pakatan Rakyat akan mengharamkan upacara menyembelih lembu di kawasan terbuka sempena sambutan Aidiladha yang diadakan sekarang. Cara tak bertamadun untuk menamatkan riwayat binatang yang menjadi antara tuhan kaum Hindu ini, sepatutnya tidak diteruskan dibawah polisi Malaysia Baru yang akan diperkenalkan Pakatan Rakyat.
Cuma masalahnya sekarang, masih ada pemimpin Pakatan Rakyat yang digambarkan bersama-sama orang Islam dalam upacara menyembelih lembu pada sambutan Aidiladha yang lepas, terutama pemimpin dari parti DAP.
Kita faham DAP terdesak nak mendapatkan sokongan orang Islam, tapi bukan dalam hal-hal membabitkan layanan terhadap binatang yang tidak berperikemanusiaan seperti ini.
Baiklah, lupakan sebentar isu tersebut, balik kita pada cerita Saravanan ini tadi. Yang penting, aku yakin DAP dipaksa untuk buat semua itu kerana nak dapat sokongan, dah ada kuasa nanti, DAP akan bersama-sama PKR dan PAS mengharamkan upacara tersebut.
Nak sembelih boleh, tapi buat di dalam rumah penyembelihan yang disediakan, bukan tepi longkang, atas padang dan sebagainya, lebih baik lagi diberikan ubat pelali dulu sebelum sembelih, bukan hidup-hidup macam sekarang.
Walaupun ada yang memaklumkan kepada aku bahawa watak Saravanan di dalam rakaman tersebut sebenarnya tidak wujud, malah keseluruhan rakaman itupun dikatakan sengaja diadakan untuk tujuan politik, tapi yang nyata Saravanan layak menjadi pemimpin Pakatan Rakyat di masa hadapan.
Kes Saravanan ini mengingatkan aku kepada SK Bawani, pelajar UUM yang mencipta viral di Internet apabila video yang menunjukkan keberaniannya berhadapan dengan fasilitator jemputan yang juga merupakan seorang penyokong UMNO, berkaitan satu isu semasa.
Saravan ini pun akan jadi macam itu juga. Kalau dia hanya watak rekaan, maka bukan masalah untuk Pakatan Rakyat mencari seorang 'Saravanan' dari kalangan penyokong sedia ada untuk diketengahkan sebagai hero dalam ciptaan.
Kita mahu diakhirnya nanti, isu-isu macam ini mengalihkan undi kaum Hindu dari BN. Pakatan Rakyat tidak mampu nak bersaing dengan kuasa wang yang digunakan sepenuhnya BN atas nama membantu kaum HIndu ini - kebetulan antara kaum minoriti yang paling miskin dan melarat dalam negara kita.
Jadi pendekatan yang lebih sesuai ialah menjuarai isu-isu berkaitan sentimen keagamaan dan kaum tanpa mengaitkannya secara langsung dengan Pakatan Rakyat kerana Hindu ni agama yang begitu sensitif. Nak hina mak bapak dia pun tidak mengapa, asal jangan hina Tuhan dia.
Zulkifli Nordin dah belajar ini di Shah Alam dalam PRU13 yang lepas.
Apa pun, yang nyata pendekatan seumpama ini adalah satu strategi yang bagus, apa saja yang perlu asalkan UMNO tumbang.
No comments:
Post a Comment