Tuesday, October 8, 2013

Bajet 2014: Kelantan Patut Utama Air & Minyak Dari Pendidikan

Kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob baru-baru ini bahawa bajet negeri Kelantan untuk tahun 2014 akan memberi penekanan kepada bidang pendidikan, agak mengelirukan ramai orang, terutama penyokong Pakatan Rakyat.

Bukan kecil nilainya, RM 72 juta!!

Ini kerana kita tahu, masalah di Kelantan bukan dengan pendidikan (itu tanggungjawab kerajaan pusat), sebaliknya bekalan air yang masih berada di tahap terendah, walau nak dibandingkan dengan Sabah dan Sarawak pun.

Sepatutnya, itulah yang patut didahulukan, bukan soal pendidikan.

Mungkinlah Ahmad Yaakob mahu memperbaiki hubungan antara kerajaan negeri dengan sekolah pondok di negeri tersebut kerana kita tahu institusi pondok sebelum ini  berkrisis dengan kerajaan negeri sepanjang Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar. 

Tapi aku rasa soal itu boleh dikemudiankan kerana yang penting kita tidak mahu lihat peranan itu bertindih dengan kerajaan persekutuan walaupun sekolah pondok ini kesemuanya dimiliki oleh pengusaha persendirian..

Aku tahu rakyat hanya nampak pendidikan sahaja, apa bidangnya (pondok atau aliran konvensional), nak dibezakan macam mana?  Diakhirnya nanti kita bimbang, kerajan persekutuan pula yang dapat nama hasil pelaburan yang asalnya dikeluarkan kerajaan negeri Kelantan.

Sokongan dari pengusaha sekolah pondok ini belum tentu tiba lagi.

Minyak

Sementara itu, jangan kerajaan negeri lupa akan penemuan minyak petrol di Kelantan sebelum PRU13 yang lepas.

Penemuan itu sepatutnya membuka peluang untuk kerajaan negeri meneroka bidang pengeluaran minyak pula.  Bidang ini bukan murah kosnya dan kerajaan negeri patut menyediakan peruntukkan di dalam bajet 2014 itu nanti bagi dipinjamkan kepada pengusaha yang berminat.

Kerajaan negeri perlu ingat, hasil eksplorasi minyak di Kelantan nanti akan menjadi milik sepenuhnya kerajaan negeri dan rakyat Kelantan sendiri, tanpa perlu dibahagi-bahagi dengan kerajaan pusat.  

Dalam erti kata lain, apa pun pelaburan berkaitan minyak yang  bakal dimulakan kerajaan negeri dalam bajet 2014 nanti, akan memberi pulangan 100% kepada kewangan negeri!!

Berbanding dengan bidang pendidikan yang hanya menguntungkan para pelajar saja (biasiswa dan keperluan lain), bukan boleh kenakan yuran tinggi-tinggi pun.

Jadi tidak ada sebab kenapa kerajaan negeri perlu bimbang untuk melabur dalam bidang tersebut, walaupun ia memakan kos yang besar.  Kerajaan negeri boleh sahaja mendapat dana dari sumber luar kalau kerajaan pusat enggan membantu dengan memberikan pinjaman.

Tak tahulah kalau peruntukkan besar sebanyak RM 72 juta itu nak digunakan untuk menyediakan Kelantan dari segi memberi pendidikan percuma selaras dengan polisi Pakatan Rakyat.

Kalau itu, tidak mengapalah.

No comments: