Penafian Ketua Menteri Penang, Lim Guan Eng baru-baru ini kononnya DAP akan menjadikan negeri tersebut sebagai negeri Kristian, kemudian disokong pula oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuka persoalan baru, kalau bukan negeri Kristian, negeri apa?
Hindu? Jumlah penganut agama tersebut tidak ramai di Penang. Tinggal satu pilihan lagi, Islam. Adakah Guan Eng nak menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri Islam?
Keputusan PRU13 yang lepas menyaksikan UMNO/BN masih menang kerana mereka mendapat sokongan majoriti orang Melayu yang rata-rata beragama Islam dan DAP sedar sekarang bahawa tanpa sokongan orang Melayu, hampir mustahil Pakatan Rakyat akan dapat memerintah Malaysia.
Jadi jalan terbaik ialah dengan menjadikan Penang sebuah negeri Islam, setaraf kalau tidak lebih baik dari Kelantan yang sekarang ditadbir PAS.
Kalau Penang dijadikan negeri Islam, kelebihannya ada banyak pada Pakatan Rakyat. Selain menarik orang Melayu untuk menyokong, kemajuan yang sedia ada di Penang juga boleh dijadikan contoh kepada orang Islam di bahagian lain Malaysia, akan kejayaan Islam dibawah Pakatan Rakyat.
Walaupun di negeri yang ditadbir DAP - parti yang majoriti besarnya dikuasai orang Cina.
Lagipun Lim Guan Eng ketika mula mengambil alih Pulau Pinang dari Gerakan 5 tahun dulu, telah menetapkan asas pentadbiran negeri tersebut yang berpaksikan kepada corak pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab, yang juga seorang tokoh dalam tamadun Islam di era kegemilangannya.
Justeru, tidak sukar untuk Penang menjadi negeri Islam kedua selepas Kelantan kerana asas pentadbiran Islam itu memang sudah sedia diserap kerajaan negeri dibawah kepimpinan Guan Eng.
Tapi jangan pula penganut agama yang lain rasa terancam dengan perancangan ini.
Bukan kita nak jadikan Penang betul-betul Islam macam Kelantan pun, tidak sama sekali. Soal Islam ini hanya berlingkar kepada soal pembangunan, yang kemudiannya boleh dijadikan 'pemanis' untuk orang Islam mengundi DAP, itu sahaja, tidak lebih dari itu.
Polisi ini boleh diubah pada bila-bila masa, yang penting untuk dapat sokongan awal ini, semua pihak perlu buat sedikit pengorbanan. Ini soal jumlah dan jumlah orang Islam di negara ini adalah jauh lebih ramai dari jumlah semua penganut agama lain, kalau dicampurkan kesemuanya sekalipun.
Maka itu Pakatan Rakyat perlu mengadaptasi keadaan ini, bukan untuk kepentingan serta keuntungan orang lain, kita juga.
No comments:
Post a Comment