Keputusan kerajaan Kelantan menaikkan tarif air di negeri tersebut sebanyak 30% bulan lepas, nampaknya menjadi topik perbualan hangat di kalangan blogger politik, baik BN mahupun Pakatan Rakyat setelah ia didedahkan sebuah akhbar baru-baru ini.
Seolah-olah macam besar sangat nilai 30% tu yang nak dijadikan isu pun.
Kenaikan itu sebetulnya adalah satu jumlah yang sangat kecil, tidak menjejaskan wang rakyat banyak mana sangat pun. Lagipun hanya separuh sahaja rakyat Kelantan yang menerima bekalan air bersih sementara separuh yang lain mendapatkan sumber air secara semulajadi dan percuma.
Disebabkan kecil nilainya itulah maka isu tersebut hanya dihebohkan sekarang, sebelum ini, tak siapa pun peduli kerana tidak banyak perubahan di dalam bil bulanan yang diterima rakyat Kelantan.
Disebabkan kecil nilainya itulah maka isu tersebut hanya dihebohkan sekarang, sebelum ini, tak siapa pun peduli kerana tidak banyak perubahan di dalam bil bulanan yang diterima rakyat Kelantan.
Mungkin yang terasa kesan dari kenaikan harga air tersebut ialah orang UMNO Kelantan yang mempunyai kolam renang di rumah masing-masing. Maklum sajalah, mewah hasil makan rasuah dan menyelewengkan wang rakyat diperingkat persekutuan.
Sementara rakyat Kelantan yang lain, tidak langsung terjejas dengan kenaikan ini kerana mereka tahu kerajaan negeri perlu juga menaikkan tarif air untuk menanggung kenaikan kos rawatan air seperti harga bahan kimia untuk membersihkan air, gaji kakitangan dan sebagainya.
Benar Pakatan Rakyat seboleh-bolehnya mahu memberi segala yang murah dan percuma kepada rakyat, tapi masalahnya bukan semua faktor dibawah kawalan Pakatan Rakyat dan apa salahnya rakyat membuat sedikit pengorbanan.
30% bukan banyak, rakyat negeri Pulau Pinang baru-baru ini terpaksa membayar kos kenaikan air sebanyak 100%, tak bising pun.
UMNO seharusnya malu kerana mempolitikkan isu ini kerana UMNO lebih banyak membebankan rakyat, bukan setakat tarif air sahaja, malah tarif elektrik, internet dan sebagainya. Baru-baru ini juga UMNO mengurangkan subsidi minyak sebanyak RM 0.20 seliter .
Pengurangan subsidi yang membawa maksud harga minyak naik itu telah menyebabkan sekitar 30% rakyat di Malaysia ini jatuh miskin dan ada yang mengalami masalah kebuluran akibat tidak mampu membeli barangan keperluan disebabkan kos yang meningkat berkali ganda setelah kenaikan tersebut.
Dengan hanya menyebut satu perkara ini sahaja (minyak), UMNO sudah kalah disitu. Belum lagi kita bercakap tentang lain-lain perkara yang turut ikut naik selepas subsidi minyak dikurangkan.
Apa pun kenaikan kos yang dibuat kerajaan negeri Pakatan Rakyat, tidak begitu membebankan rakyat berbanding kesan dari kenaikan harga minyak yang diputuskan UMNO dimana memberi kesan kepada hampir semua orang - semua oranglah senang cakap.
No comments:
Post a Comment