Sabtu ini akan berlangsung perlawanan akhir di antara pasukan Kelantan dan Pahang di Stadium Shah Alam. Ketika ramai melihat perlawanan tersebut sebagai pertembungan antara 2 negeri berjiran, aku pula melihat perlawanan itu turut membawa bersama idealogi politik yang diwakili kedua negeri berkenaan.
Dengan Kelantan membawa mesej PAS/Pakatan Rakyat dan Pahang membawa mesej UMNO.
Walaupun orang kata perlawanan bolasepak di Malaysia ini lebih rendah tarafnya dari permainan budak sekolah, tapi itu nampaknya tidak menghalang para peminat berpusu-pusu membanjiri stadium untuk menyaksikan perlawanan secara langsung.
Aku sendiri pun hairan dan tak faham kenapa boleh jadi macam itu, tapi dah memang resmi macam itu kot, lagipun apa pilihan yang ada untuk peminat bolasepak disini?
Maka itu, peluang ini kalau tidak diambil oleh parti politik sebagai medium mengembangkan pengaruh parti, aku katakan parti politik berkenaan amatlah bodoh dan bebal sekali.
Justeru, aku rasa adalah lebih baik kalau Kelantan terus diberi peluang untuk menyimpan Piala tersebut di Kota Bharu. Sebab kita mahu rakyat tahu hanya Pakatan Rakyat sahaja yang tahu bagaimana mahu memajukan sukan bolasepak di negara kita.
Bukan UMNO ataupun Khairy Jamaludin sebagai Menteri Sukan yang baru.
Walaupun KAFA (Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan) diterajui oleh orang UMNO, Tan Sri Annuar Musa, tapi itu bukan halangan kenapa Pakatan Rakyat tidak boleh mendapat kredit dari sebarang kejayaan pasukan Kelantan.
Yang penting adalah negeri tersebut, bukan persatuannya. Logiknya adakah kita pernah mendengar pasukan KAFA melawan pasukan PAFA (Persatuan Bolasepak Pahang)? Biasa di dengar ialah Pahang lawan Kelantan saja.
Pahang kalau menang, mereka tidak akan menyumbang apa-apa kepada kemajuan bolasepak negara kerana aku difahamkan, Pahang layak ke perlawanan akhir ini pun sebab pengaruh UMNO di sana sini, apatah lagi Pahang adalah negeri asal Najib Tun Razak.
Macam mana dan bagaimana ia boleh dilakukan, itu aku tak payah nak cerita panjang-panjanglah, semua boleh fikir sendiri. Cuma yang penting untuk rakyat tahu, pertandingan bolasepak di negara ini tidak jauh beza dari perlawanan gusti WWE, semua keputusan telah diketahui sebelum perlawanan sebenar bermula.
Sebab memang ia telah diatur begitu. maka sewajarnyalah Kelantan terus menang.
Pakatan Rakyat tahu semua ini tapi kerana kita bukan kerajaan, maka tidak boleh nak hapuskan amalan tersebut sehingga diakhirnya, hanya pasukan yang benar-benar jujur dalam permainan seperti Kelantan sahaja yang sering konsisten layak ke perlawanan akhir.
Pasukan lain, ibarat permainan dalam konsol video permainan PS4, ditentukan secara giliran untuk berhadapan dengan Kelantan di pentas akhir Piala Malaysia.
Kesimpulannya, kalau nak mutu bolasepak negara meningkat, Kelantan perlu menang. Kalau Pahang menang, ia bermakna UMNO menang dan kita tidak boleh membiarkan perkara tersebut berlaku sama sekali.
No comments:
Post a Comment