Entah di mana silap, pengumuman calon PAS yang sepatutnya dibuat Jumaat lepas, seiring dengan pelancaran jentera Operasi PAS bagi PRK Sungai Limaui oleh Timbalan Presiden Mohamad Sabu, dibatalkan pada saat-saat akhir atas sebab yang tidak dinyatakan.
Mengagalah mulut penyokong-penyokong yang hadir menantikan calon yang bakal mewakili mereka, terutama dari kalangan 3 kumpulan yang masing-masing menonjolkan calon sendiri, rupanya hajat tak kesampaian apabila tarikh pengumuman itu ditunda pada hari ini.
Apakah kepimpinan tertinggi PAS tidak lagi dapat memutuskan siapa antara 3 senarai nama akhir yang mewakili setiap kumpulan tersebut untuk ditampilkan secara rasmi pada hari penamaan calon Rabu nanti?
Terbaru aku dengar, 3 kumpulan itu sudah jadi hanya 2 kumpulan saja, dengan kumpulan Datuk Phahrolrazi dan kumpulan Datuk Mahfuz Omar, bergabung menentang kumpulan arwah Tan Sri Azizan.
(Dah arwah pun masih ada kumpulan juga, dunia, dunia).
Pada yang tidak maklum, aku nak nyatakan disini bahawa kumpulan Pharolrazi sebelum ini menamakan Setiausaha Perhubungan PAS Kedah, Musaddak Ahmad, kumpulan Mahfuz, Ustaz Azam Samad dan kumpulan pro arwah Azizan, Setiausaha PAS Kawasan Jerai, Muzaini Azizan.
Dalam kompromi terbaru ini, aku difahamkan Musaddak sudah digugurkan dari senarai pendek calon, meninggalkan Azam dan Muzaini sahaja bersaing untuk menjadi calon PAS di Sungai Limau.
Tidak mengapalah kalau wujud kumpulan-kumpulan semacam ini dalam proses penamaan calon, dalam UMNO pun perkara sama berlaku. Tapi yang tak sedapnya, kenapa arwah Azizan diperlekeh, hanya kerana satu kumpulan, tidak bersetuju dengan kumpulan yang mewakili namanya?
Kawasan Sungai Limau ini (atau dulu dikenali sebagai Sala), adalah kawasan tradisi arwah Azizan. Selain arwah menang selama 5 penggal, keluarganya semua berada disini, malah UMNO semasa PRU13 yang lepas terdesak untuk menewaskan Azizan, terpaksa mencalonkan sepupunya sendiri, Fazillah Mohd Ali.
Sebab UMNO tahu kekuatan pengaruh keluarga Azizan di kawasan Sungai Limau. Adalah menjadi satu kerja yang sia-sia kalau dalam proses melobi penentuan calon ini, nama Azizan diburuk dan diperlekehkan sebegitu sekali, termasuk kononnya punca kenapa PAS kalah di Kedah dalam PRU13 yang lepas!!
Aku nak ingatkan sekali lagi, UMNO sudah pasti tewas di Sungai Limau berikutan kekalahan Mukhriz dalam persaingan merebut jawatan Naib Presiden UMNO semalam, jangan sampai tindakan memperlekehkan Azizan ini mengganggu peluang tersebut.
Ingat ya, PAS bukan sekadar tidak boleh kalah, PAS tidak boleh kurang majoriti pun kalau tidak mahu moral penyokongnya di seluruh negara terus menurun.
No comments:
Post a Comment