Laluan Pakatan Rakyat untuk menang mudah dalam Pilihanraya Kecil Sungai Limau 4 November depan nampaknya semakin cerah berikutan kekalahan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dalam persaingan merebut jawatan Naib Presiden UMNO minggu sudah.
Tewas tipis atau tewas tebal, bukan persoalan, kalah tetap kalah.
Kekalahan itu memang tidak dijangka sesiapa kerana tidak ada yang menyangka Hishamuddin Tun Hussein yang lembik itu masih mampu kekal sebagai Naib Presiden. Tapi itulah bodohnya ahli-ahli UMNO kalau semua nak tahu, bukannya faham macam mana nak memilih pemimpin.
Apa pun padan muka merekalah. Kompromi peringkat tertinggi untuk mengekalkan Hishamudin di jawatan tersebut ternyata memberi padah dalam kempen kali ini apabila Mukhriz kini ibarat singa hilang gigi untuk memimpin pertarungan di Sungai Limau.
Kompromi yang dimaksudkan apabila dua bahagian Presiden dan Timbalan Presiden UMNO (Pekan dan Pagoh) menamakan Hishamuddin sebagai Naib Presiden, selain sokongan terbuka sayap Wanita dan Pemuda UMNO terhadap cucu pengasas UMNO itu.
Ini semua tak berlaku secara kebetulan, bodohlah kalau ada sesiapa yang beranggapan begitu dan aku yakin, sebagai anak Mahathir yang memimpin UMNO selama 23 tahun sebagai Presiden, Mukhriz tahu yang dia bukan kalah, tapi dikalahkan!!
Justeru, semangat Mukhriz aku yakin pasti berada pada tahap yang paling rendah sekarang. Dia ternyata memang diprogram untuk menjadi pemimpin yang kalah. Kekalahan di Sungai Limau nanti hanya akan menambah kepada deretan sejarah kekalahan Mukhriz sepanjang kariernya sebagai ahli politik.
Sebagai rekod, pada 2008, Mukhriz kalah bertanding sebagai Ketua Pemuda Bahagian Jerlun dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan sekarang dia tewas lagi dalam persaingan Naib Presiden pula.
Sama seperti sekarang, kesemua kekalahan itu dikaitkan dengan setup pemimpin tertinggi UMNO yang tidak mahu anak Mahathir ini terlalu menyerlah dalam politik sehingga mengatasi pemimpin senior UMNO yang lain (termasuk kerusi Presiden yang sekarang diduduki Najib Tun Razak).
Memang Mukhriz menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerlun, tapi kemenangan itu tanpa pertandingan!!
PAS dan Pakatan Rakyat perlu mengambil peluang dari kekalahan Mukhriz ini untuk mengasah setajam-tajamnya kempen PRK Sungai Limau yang akan bermula tengah malam Rabu nanti. Walaupun persaingan dalam pilihanraya kecil dan perebutan jawatan dalam UMNO berbeza, tapi kalau kena dengan strateginya, ia boleh menjadi punca kejayaan besar PAS di Sungai Limau.
Logiknya, dalam mana-mana konflik pun, kalah jeneral dah down, dia bukan setakat akan kalah pertempuran, tapi juga kalah peperangan tersebut.
Mukhriz sekarang berada dalam situasi itu, kalau semua nak tahulah. Bagaimana kempen BN di Sungai Limau nak berkesan bila Timbalan Pengarah Pilihanraya adalah seorang yang konsisten kalah?
Apatah lagi tanpa kehadiran sayap pemuda dan wanita UMNO yang dijangka memboikot kempen kali ini sebagai tanda protes atas tindakan Mukhriz menentang Hishamuddin, kalau PAS tidak boleh menang besar juga, aku tak tahulah apa nak cakap.
Kadang-kadang aku fikir, UMNO elok jangan letak calonlah, kalau taknak terus menerus menanggung malu.
No comments:
Post a Comment