Thursday, October 24, 2013

Kerajaan PAS Tumbang Kerana Rakyat Tidak Cerdik

UMNO mengatakan kejatuhan kerajaan PAS Kedah dalam PRU13 yang lepas adalah bukti kepada kelemahan PAS dalam mentadbir negeri tersebut dan dengan itu, BN patut diberi peluang untuk mentadbir Sungai Limau yang sekian lama dikuasai PAS.

Inilah modal utama ceramah UMNO untuk malam pertama kempen yang digunakan secara meluas bagi menutup keburukkan mereka berikutan kenaikan harga minyak September lepas dan pengenalan GST yang bakal diumumkan dalam pembentangan bajet 2014 esok. 

Aku nak tanya, persamaan apa macam ini?  Kedah dan Sungai Limau adalah dua senario berbeza.  Kerajaan PAS Kedah jatuh atas banyak faktor, dengan faktor terbesar sekali kerana rakyat Kedah pada waktu itu tidak cerdik dalam membuat keputusan.

Dan gagal membezakan antara kelemahan yang sebenar dengan kelemahan yang di'wayang'kan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Ramai tidak tahu bahawa pemimpin PAS sewaktu memerintah negeri tersebut juga ada wawasan dan rangka kerja jangka panjang untuk memajukan negeri tersebut, tapi kerana sabotaj dari pemimpin-peminpin UMNO/BN, maka kebanyakkan dari rangka kerja tersebut tidak sempat dilaksanakan.

5 tahun bukanlah satu jangka masa yang panjang.  Oleh itu amat tidak adil kalau keupayaan PAS mentadbir negeri Kedah, diukur pada jangka masa yang sangat pendek itu.

Mahathir pun kalau diberikan 5 tahun untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara yang jauh lebih maju dari zaman sebelum dia mengambil alih, sudah tentu tidak akan berjaya.  Itulah masalahnya dengan PAS di Kedah sehingga tumbang hanya setelah sepenggal menjadi kerajaan.

Selain itu, rakyat Kedah sendiri patut dipersalahkan kerana mudah percaya bahawa kebanyakkan isu dari aspek kegagalan pentadbiran yang lepas, adalah disebabkan PAS sendiri.  Mereka gagal melihat peranan UMNO yang menyumbang kepada kebanyakkan dari kegagalan tersebut.

Kenapa UMNO?  Sebab PAS Kedah dibawah bekas Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Razak telah melaksanakan konsep pentadbiran terbuka dengan pembahagian kontrak kerajaan negeri tidak hanya diberikan kepada orang PAS dan Pakatan Rakyat, tapi juga orang UMNO.  

Disinilah UMNO mengambil peluang dengan mensabotaj projek-projek tersebut dan kemudiannya mendakwa ia disebabkan oleh kelemahan kerajaan negeri.

Perkara ini boleh 'dijayakan', hasil kerjasama kakitangan kerajaan negeri yang turut bersekongkol dengan UMNO, terutama dari aspek pemantauan.  Kesukaran menamatkan khidmat kakitangan awam di negeri tersebut, telah menyebabkan, kerajaan negeri PAS Kedah berterusan mendapat imej buruk.

Sehingga di akhirnya, Kedah dirampas semula dari BN dalam PRU13 yang lepas.

UMNO sepatutnya berhenti menggunakan taktik seumpama ini untuk mempengaruhi pengundi Sungai Limau agar memilih mereka.  Tidak banyak tidak, menyebut tentang kegagalan pentadbiran yang lepas, hanya akan merosakkan lagi nama arwah Azizan.

Ini bukanlah satu etika berpolitik yang baik, yang dah mati tu matilah, tak usah nak disebutkan keburukkannya lagi.

No comments: