Dalam semua pihak begitu emosi sekali apabila membincangkan kes pembunuhan seorang pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, 37 tahun di USJ kelmarin, mungkin ada yang terlupa bahawa suspek yang terlibat juga mempunyai hak dari segi undang-undang.
Aku lihat ramai yang menggunakan kepala lutut apabila dengan semborono menghukum suspek dalam kes berkenaan sudah bersalah (terutama di media sosial yang diuruskan UMNO), sedangkan tidak ada proses pengadilan yang dikenakan ke atasnya lagi
Walaupun ada rakaman CCTV, kenyataan saksi dan sebagainya, kita mungkin tidak akan tahu hal yang sebenar, sehingga kes ini dibicarakan di Mahkamah. Macam-macam boleh berlaku, mungkin ini kes tertembak, diprovokasi dan sebagainya, kita tidak tahu.
Tempat yang paling sesuai untuk menentukan perkara tersebut adalah di Mahkamah, bukan media sosial!!
Maka itu Pakatan Rakyat meminta semua pihak agar tidak terburu-buru membuat penilaian sendiri dan seterusnya menimbulkan prejudis terhadap kes tersebut.
Mengikut pandangan pakar undang-undang dalam Pakatan Rakyat, adalah tidak betul untuk mengatakan suspek yang terlibat sebagai seorang pembunuh - hanya berdasarkan kepada rakaman CCTV yang tersebar secara meluas sejak semalam.
Rakaman itu dari sudut pandang undang-undang tidak mempunyai apa-apa nilai kerana jelas ditunjukkan disitu, kita tidak boleh nampak siapa yang melepaskan tembakan. Kelibat suspek hanya kelihatan selepas tembakan dilepaskan dan mangsa jatuh.
Keterangan saksi juga belum tentu boleh membantu kerana sudah banyak kes dimana saksi diprogramkan untuk memberi keterangan berdasarkan pihak yang berkepentingan dalam kes tersebut.
Selain itu, dilaporkan bahawa pada waktu kejadian ada lebih kurang 4 orang lain (tidak termasuk suspek) yang berada di dalam bangunan tersebut dan sesiapa juga di antara mereka ini boleh melepaskan tembakan tersebut dengan suspek hanya memasukkan wang ke dalam beg (seperti yang kita lihat dalam CCTV).
Justeru, para peguam dalam Pakatan Rakyat bersedia membantu suspek dalam kes ini bagi merungkai misteri sebenar disebalik kejadian tersebut dan mencari keadilan untuk semua pihak, terutama suspek dalam kes ini.
Mangsa terlibat telah pun mati dan keadilan sudah tidak berguna untuknya lagi.
Apatah lagi, dengan 'keagresifan' pihak polis menembak mati suspek penjenayah kebelakangan ini, Pakatan Rakyat bimbang emosi keterlaluan yang ditunjukkan orang ramai, boleh memberi kesan kepada pegawai dan anggota pasukan khas yang ditubuhkan untuk memburu suspek.
Nanti tak pasal-pasal ada lagi nyawa yang melayang - kononya untuk mempertahankan diri. Polis perlu tahu, rakyat sudah bosan dengan alasan lapuk polis itu, apatah lagi kita tahu suspek dalam kes ini masih memiliki senjata 'pump gun' yang digunakan kononnya untuk menembak mangsa.
Senanglah nanti nak bagi alasan sama, walhal rakyat pun tahu pump gun bukan digunakan situasi berbalas tembakan tapi lebih kepada memberi masa kepada penggunanya melarikan diri dari stuasi cemas yang sedang dihadapi.
No comments:
Post a Comment