Friday, October 25, 2013

Bajet 2014: Kakitangan Awam Tidak Layak Dapat Bonus

Pembentangan bajet 2014 oleh Najib Tun Razak petang ini mempunyai impak negatif yang banyak berbanding positif.  Dari pengenalan GST, penghapusan subsidi gula dan sebagainya, rakyat dijangka akan lebih tertekan tahun hadapan.

Begitupun, sebagai seorang Perdana Menteri yang dikelilingi punahsihat-punahsihat yang kerjanya hanya menipu rakyat, Najib turut menyelitkan beberapa 'gula-gula' untuk mengurangkan sedikit cacian dan makian yang bakal diterimanya selepas dari ini.

Antara yang aku difahamkan ialah, kenaikan nilai BR1M dan bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam.

Soal BR1M ini aku tidak mahu buang masa membincangkannya sebab di Malaysia ini, orang miskin, kampung dan merempat memang jadi penyokong tegar BN - sebab itu BN banyak menang di kawasan luar bandar.  Ini masanya Najib membalas jasa mereka semula dengan menaikkan kadar BR1M.

Justeru, aku cakap apa sekalipun, dah namanya diberikan duit, disuruh telanjang pun kelompok ini sanggup.

Yang aku nak ulas ialah cadangan Najib untuk memberikan kakitangan awam bonus sebulan gaji.  Cadangan ini pada perkiraan Pakatan Rakyat, sangat tidak wajar kerana selain melibatkan jumlah wang yang banyak, laporan Ketua Audit 2012 yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini juga membuktikan kakitangan awam tidak berada pada tahap yang layak untuk dibayar bonus.

Jumlah ketirisan perbelanjaan kerajaan menggunakan wang rakyat yang besar untuk pembelian yang tidak munasabah dan sebagainya adalah antara kelemahan yang dikesan.  Ini bukan perkara kecil kerana lebih lama dibiarkan, kerajaan akan bankrap.

Tidak guna Najib mengagung-agungkan fakta yang mengesahkan Malaysia antara negara yang mempunyai simpanan paling banyak di dunia kalau di akhirnya nanti, semua wang tersebut habis untuk membiayai perbelanjaan yang tidak masuk akal oleh kakitangan awam seperti dalam laporan audit 2012.

Selain itu Pakatan Rakyat berpandangan kakitangan awam sudah mempunyai segala macam kelebihan yang tidak dimiliki oleh kakitangan swasta seperti pinjaman bank untuk rumah dan kenderaan, kesihatan, pencen dan sebagainya.

Malah kakitangan kerajaan juga dibayar wang saguhati pada hari perayaan, buka sekolah dan tambahan kepada itu, ada diantara mereka menerima BR1M juga.  

Jadi pembayaran bonus ini hanya akan meningkatkan harga barang di negara kita sedangkan yang terlibat hanyalah sekumpulan kecil (1.4 juta orang), berbanding jumlah keseluruhan rakyat Malaysia seramai 29 juta.

Adakah itu wajar?  Ternyata tidak.

Maka itu Pakatan Rakyat akan membantah cadangan ini dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat nanti.  Najib jangan mimpi nak membelanjakan wang rakyat sewenang-wenangnya untuk kelompok yang tidak layak menikmatinya.


No comments: