Kempen PRK Sungai Limau memasuki hari ketiga hari ini. Malangnya, hampir sama seperti di Kuala Besut Julai lepas, perjalanan kempen agak perlahan dengan semua pihak dilihat lebih mengutamakan ceramah dalam skala kecil sahaja.
Dapat 50 orang pun dah dikira cukup banyak dah.
Tapi yang menghairankan, dalam masa yang sama, kempen PAS di media sosial juga kelihatan lesu. Tidak banyak cerita buruk mengenai calon BN yang dikeluarkan, tak seperti mana biasa.
Aku yakin, calon BN, Ahmad Sohaimi Lazim ini mempunyai kisah-kisah silam yang boleh didedahkan kepada rakyat untuk menguatkan lagi peluang PAS menang dalam pilihanraya kecil 4 November nanti.
Paling tidak persoalkanlah kelulusan akademik yang diperolehinya. Aku difahamkan, Sohaimi hanya memperolehi Ijazah pertamanya pada usia 38 tahun!! Biasa orang dapat first degree ini pada usia awal 20-an, bukan hujung 30-an macam itu.
Kenapa isu ini tidak diketengahkan, aku tak faham. Sejak bila pula PAS pandai tidak menyerang peribadi calon? Bukankah Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sendiri sudah memberi penjelasan bahawa serangan peribadi lawan adalah boleh dilakukan mengikut Islam?
Malah aku lihat sendiri pergerakkan pemain media sosial PAS dan Pakatan Rakyat di Sungai Limau ini tidak begitu teratur. Masing-masing dengan hal masing-masing. Walaupun bekas Exco Kanan, Datuk Phahrolrazi diberikan tugas untuk menyelia penggerak media sosial ini, tapi khabarnya bukan semua, hanya beberapa orang saja.
Selebihnya berada dalam kumpulan-kumpulan sendiri. Ada yang diuruskan oleh PKR, DAP, SAMM, ABU dan sebagainya.
Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Phahrolrazi perlu tegas dalam membuat kordinasi tugas dan isu yang patut dimainkan penggerak media sosial ini? Tidaklah seperti sekarang, di mana kebanyakkan isu yang ditonjolkan hanyalah isu nasional, begitu kurang isu setempat.
Isu nasional ini bukan tidak bagus, tapi dengan kedudukan PAS dan Pakatan Rakyat dalam DUN dan Parlimen sekarang, apa yang boleh kita buat untuk mengubah keadaan tersebut?
Kalau situasinya sama seperti di Terengganu tempoh hari, dimana kemenangan PAS dalam PRK Kuala Besut bermaksud DUN Terengganu akan tergantung, itu mungkinlah.
UMNO pun difahamkan mempunyai masalah yang hampir serupa dengan penggerak media sosial mereka, tapi kumpulan penggerak media sosial UMNO hanya dibahagikan kepada 3 kumpulan besar sahaja. Setiap satu dari kumpulan ini diterajui oleh ketua masing-masing.
Tidak hairan kenapa pergerakkan mereka lebih tersusun berbanding dengan Pakatan Rakyat.
Atau ada pihak beranggapan penggerak media sosial PAS tidak perlu bergerak aktif kerana PAS sudah pasti menang di kerusi ini? Tanggapan itu silap kerana sasaran PAS bukan saja menang, tapi juga untuk meningkatkan jumlah undi!!
Kena ingat tu.
No comments:
Post a Comment