KUALA LUMPUR: Isu ketirisan dan pemborosan dalam jabatan dan institusi kerajaan seperti terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara turut disentuh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika bangun berucap membahaskan Bajet 2014 di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau kesal kerana pendedahan dan teguran yang dibuat Ketua Audit Negara terhadap budaya berbelanja jabatan kerajaan tidak dijadikan iktibar dan diperbaiki manakala individu yang terbabit dengan penyelewengan tidak didakwa.
Beliau kesal kerana pendedahan dan teguran yang dibuat Ketua Audit Negara terhadap budaya berbelanja jabatan kerajaan tidak dijadikan iktibar dan diperbaiki manakala individu yang terbabit dengan penyelewengan tidak didakwa.
"Laporan Ketua Audit Negara dengan ikhlas mendedahkan segala yang berlaku. Sepatutnya, ia dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kita semua, malangnya penyelewengan ini terus berulang dari tahun ke tahun.
"Pesalah yang lalu tidak dihukum dan dilupakan seperti kes pesawat Skyhawk, Perwaja, KWSP, Tabung Haji dan bermacam lagi. Yang lama dilupakan, datang pula yang baru," ujarnya.
Beliau mengumpamakan semua anggota Dewan Rakyat 'berada dalam bahtera yang sama' dan jika bahtera yang dinaiki tenggelam, semua yang berada dalam bahtera itu akan tenggelam.
"Inilah tugas pembangkang menyelamatkan negara melalui kritikan dan teguran atas masalah yang berlaku," ujarnya.
Menyentuh tentang fenomena 'kebocoran' dalam pengagihan subsidi, beliau kesal kerana subsidi tidak diagihkan dengan betul oleh kerajaan malah kerapkali diagih berdasarkan kaum dan parti.
Wang negara juga, jelas beliau dibelanjakan dengan sewenang-wenangnya oleh kerajaan apabila berlaku pilihan raya umum dan pilihan raya kecil; namun apabila kewangan negara sudah meruncing, kerajaan mengenakan cukai baru yang membebankan rakyat seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
No comments:
Post a Comment