Dari pemerhatian dan tinjauan yang aku jalankan, jentera kempen
UMNO di Sungai Limau hari ini hanya digerakkan oleh Wanita UMNO dan beberapa
kerat Ahli Majlis Tertinggi parti itu sahaja yang membantu silih berganti,
dibantu oleh agensi-agensi kerajaan tertentu.
Sedangkan penglibatan sayap-sayap lain dalam UMNO seperti
Pemuda dan Puteri, adalah begitu kurang sekali nampaknya.
DImaklumkan, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin hanya turun
sekali, itupun pada hari penamaan calon, sementara barisan Exco pemuda yang
baru menang dalam pemilihan baru-baru ini, seekor pun tak nampak muka.
Lebih teruk lagi dengan jentera Puteri UMNO, ketuanya yang
baru, Mas Ermieyati
Samsudin tidak langsung kelihatan
sepanjang kempen berlangsung. Jangan
kata itu, Naib Ketua dan barisan Exconya (majoriti muka baru) macam tidak
wujud.
Mengesahkan separuh dari kenyataan dalam blog ini tempoh
hari bahawa berlakunya boikot besar-besaran terhadap kepimpinan Mukhriz di
Kedah berikutan perpecahan dalaman UMNO akibat keputusan Muhkriz untuk
bertanding jawatan Naib Presiden.
Khairy dan Mas Ernieyati memang diketahui adalah penyokong
kuat Datuk Seri Hishamuddin Hussin, yang juga sepupu kepada Perdana Menteri,
Najib Tun Razak. Memang itulah yang
sepatutnya, gila ke nak lawan bos besar?
Maka itu,bagi pihak Pakatan Rakyat, aku mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada sayap-sayap UMNO (kecuali
Wanita) kerana memudahkan kerja jentera PAS dan Pakatan Rakyat disini.
Dengan kehadiran semua jentera UMNO ini pun PAS akan tetap
menang di Sungai Limau, tanpa kehadiran mereka, aku yakin PAS akan menang di
lebih besar lagi, silap-silap UMNO tidak akan dapat langsung undi, melainkan
dari calon, isterinya dan ahli keluarga mereka sahaja.
Selain itu, penghapusan subisidi gula dan pengenalan sistem
cukai GST dalam belanjawan 2014 yang dibentangkan Najib Jumaat lepas, akan
menjadi penyumbang besar kepada kejayaan PAS pada 4hb nanti.
Harapnya begitulah.
No comments:
Post a Comment