Minggu lepas ada 3 perkembangan besar yang berlaku dalam
kempen PRK Sungai Limau yang mengaitkan pengarah pilihanraya PAS di Sungai
Limau, Datuk Mahfuz Omar.
Yang pertama, dakwaan Mahfuz (yang juga ahli parlimen Pokok
Sena dan Naib Presiden PAS) kononnya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri adalah
seorang anak derhaka, sehinggakan bapanya sendiri mendoakan PAS menang di PRK
Sungai Limau.
Kedua, dakwaan penyebaran SMS oleh Mahfuz sendiri yang
menyebut calon BN dalam kempen ini, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim adalah seorang
bekas pesakit mental. Dakwaan itu
bagaimana pun telah dinafikan Mahfuz hari ini.
Ketiga, gambar super imposed yang menunjukkan calon PAS,
Azam Samad sedang beramah mesra dengan arwah Tan Sri Azizan Razak bagi
menyokong dakwaan bahawa Azam adalah anak didik Azizan, yang turun dikaitkan
dengan Mahfuz kerana arahan untuk membuat gambar itu pun katanya datang dari
dia juga.
Maklum sajalah, nak masuk minggu kedua kempen, satu bukti
pun yang menunjukkan Azam ini anak didik Azizan masih gagal ditunjukkan. Mungkin terdesak agaknya, maka teknik
seumpama itu digunakan.
Selain itu ada juga dakwaan Azam ini adalah boneka kepada
Mahfuz dan Phahrolrazi
Aku taknak komen banyaklah tentang semua ini. Masing-masing ada cara dan pendekatan untuk
menang pilihanraya, apa yang nak dihairankan?
Soal salah atau betul, kita bukan Tuhan nak menghukum sesiapa.
Cuma aku nak kongsi disini bahawa semua isu yang disebutkan
di atas itu, sedikit sebanyak dah mempengaruhi keupayaan PAS untuk menambah
majoriti undi dalam pengundian pada 4hb November nanti.
Walaupun tak banyak, tapi isu-isu macam ini boleh mempengaruhi antara 5% ke 10% pengundi di atas
pagar untuk tidak mengundi PAS.
Seterusnya hasrat untuk menang dengan majoriti undi lebih tinggi,
mungkin akan berkubur.
Mahu tidak mahu, Mahfuz perlu bertanggunjawab sekiranya
perkara itu (penurunan majariti undi PAS) berlaku sebab seperti yang kita lihat
di atas, Mahfuz terlibat dalam semua senario yang aku sebutkan di atas.
SMS pun Mahfuz, gambar super imposed Mahfuz, Mahfuz sana,
Mahfuz sini.
Mahfuz nak mengelak pun tak
boleh kerana dia adalah Pengarah Pilihanraya bagi PRK Sg Limau, memang semua
strategi dan arahan datang dari dia.
Aku tak pasti cara macam mana Mahfuz nak baiki semua keadaan
ini. Mungkin akan ada bantuan saat
akhir, entahlah. Yang aku tahu PAS perlu
menang dengan majoriti besar, kalau tidak, Pakatan Rakyat akan ada masalah.
No comments:
Post a Comment