Keluhan Ustaz Idris Ahmad di dalam Harakah semalam yang
mengaitkan budaya memfitnah pemimpin dikalangan cybertroopers Pakatan Rakyat,
pada aku memang kena pada tempatnya.
Sebab, sejak PRU13 berakhir, aku lihat agak ramai juga
cybertroopers Pakatan Rakyat yang mula cenderung untuk mencemuh pemimpin
sendiri, terutama pemimpin PAS dan PKR berikutan keputusan teruk dalam PRU13.
Serta beberapa perkembangan dalam isu-isu semasa seperti
kalimah Allah.
Malah dalam keadaan-keadaan tertentu, seolah-olah mereka ini
bukan cybertroopers Pakatan Rakyat, tapi cybertroopers UMNO. Aku kata seolah-olah, sebab cara mengutuk tu
nampak sangat tak ditapis-tapis langsung.
Punca yang membawa kepada berlakunya keadaan ini aku yakin
ada kena mengena dengan kerak yang ditinggalkan pentadbiran Mahathir dulu yang
masih melekat di kepala sesetengah orang sekarang.
Zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri, kebebasan bersuara
tidak seperti apa yang kita lihat hari ini.
Hidup dalam negara demokrasi, tapi pentadbiran kalah komunis dan kuku
besi.
Bila Internet pula popular dan rakyat sudah ada medium baru
untuk bersuara, segala sumpah seranah yang terbuku, di lepaskan di alam maya
ini, dengan subjek yang paling popular pada waktu itu, sudah tentulah Mahathir
sendiri.
Budaya surat layang untuk memburuk-burukkan pemimpin sebelum
itu, dah mula diambil alih oleh nickname dan
anonymous yang menulis menghentam
pemimpin, tanpa etika, jauh lagilah budi bahasa.
Kebebasan alam mayalah katakan. Tapi sebab masa itu Mahathir yang paling
banyak kena kutuk, padan muka dialah, aku tidak ada masalah tentang itu.
Yang kita berhadapan sekarang ini ialah sindrom yang sama
seperti dijelaskan dengan panjang lebar oleh Idris semalam. Malangnya penyakit ini bertapak di kalangan
pengamal media alternatif yang cenderung ke arah Pakatan Rakyat pula.
Kutuk mengutuk dan mencerca pemimpin sendiri sudah mula
menjadi budaya baru dalam Pakatan Rakyat.
Dulu, sikap macam ini hanya berlaku di kalangan pengamal media
alternatif UMNO sahaja, terutama bila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih
jawatan Perdana Menteri.
Sumber memaklumkan kepada aku, semua ini ada kaitan dengan
duit. Majoriti pengamal media alternatif
Pakatan Rakyat, tamat kontrak sebaik keputusan PRU13 berakhir. Kerana Pakatan Rakyat kalah, maka tidak
banyak peluang yang boleh diberikan kepada pengamal media alternatif ini.
Kalau tidak dulu, JASA dibawah Kementerian Teknologi dan
Informasi akan dipenuhkan dengan mereka, tapi kerana kita kalah, maka rancangan
itu tidak dapat dilaksanakan.
Penyudahnya, mereka ini terbiar dan merasa diketepikan.
Inilah yang sebenarnya menimbulkan rasa tidak puas hati,
sehingga di akhirnya, pemimpin sendiri pula yang jadi mangsa kutuk dan cerca.
Semoga Idris yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dapat
membawa isu ini ke tengah dan mencari jalan bagaimana untuk memastikan perkara
ini tidak berterusan. Aku yakin, dengan
pengumpulan dana dari 3 negeri yang sekarang kita perintah, tak banyak sikit,
dapat membantu para pengamal media alternatif ini untuk terus menyokong kita.
Atau paling tidak, jangan kutuk kita sudahlah.
No comments:
Post a Comment