Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar adalah betul bila menyifatkan tuntutan The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO) sebagai tidak bahaya kepada negara ini.
Jika semua orang meneliti dengan betul-betul tuntutan tersebut, aku tak nampak sebarang masalah kenapa rakyat negara ini sukar sangat nak menerimanya.
Sebetulnya, COMANGO menyenaraikan begitu banyak tuntutan yang wajar dilaksanakan negara ini, tapi nampaknya para pembesar UMNO seperti Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar hanya nampak satu, isu berkaitan LGBT.
Yang lain, seperti NGO Yayasan Nassar pimpinan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa pula menyempitkan tuntutan Comango kepada isu-isu berkaitan Islam seperti kebebasan murtad, penggunaan kalimah Allah dan yang seperti itu.
Semua ini sekadar menambahkan salah faham rakyat mengenai tuntutan Comango ini dan memberi gambaran seolah-olah Malaysia ini adalah negara dimana 100% rakyatnya beragama Islam!!
Matlamat akhir daripada semua tuntutan Comango - memberikan manusia hak untuk hidup lebih sempurna dan baik, dikaburkan dengan semua polemik politik yang ditimbulkan pihak-pihak berkenaan.
Aku nak tanya, kalau Malaysia boleh melaksanakan GST keranan 160 negara lain di dunia turut melaksanakan sistem percukaian yang zalim dan menindas rakyat miskin itu, kenapa dalam soal liberalisasi hak asasi manusia, Malaysia perlu berkecuali dan kelihatan istimewa?
Cuba namakan seorang rakyat Malaysia ini yang tidak gembira bila haknya untuk mengamalkan hubungan intim yang bersesuaian dengan orientasi seksualnya, tidak disekat oleh undang-undang? Selagi ia berasaskan konsesual antara pasangan terlibat, siapa yang memberi hak kepada kita untuk melarangnya?
Begitu juga orang Islam mana yang tidak bahagia bila mereka bebas untuk menganut agama lain - hak yang setakat ini hanya terhad kepada orang bukan Islam sahaja? Boleh sesiapa namakan seorang?
Percaya atau tidak, lebih ramai orang Islam di Malaysia hari ini yang mahu keluar dari agama tersebut kerana sudah hilang kepercayaan, tapi bimbang untuk melakukannya secara terbuka kerana bimbang dikenakan tindakan undang-undang.
Adakah ini adil? Seolah-olah kita hidup dalam negara komunis yang bertopengkan nama demokrasi.
Pakatan Rakyat mahu setiap lapisan masyarakat melihat tuntutan Comango ini dari sudut yang lebih luas, jangan sempitkan pemahaman rakyat kepada satu dua tuntutan yang sekadar berlawanan dengan agama tertentu sahaja.
Malaysia mempunyai rakyat yang menganuti pelbagai agama dan kebudayaan dan adalah tidak adil sama sekali kalau perlembagaan dan undang-undang negara ini hanya mengambil kira kepentingan sebahagian rakyat saja, sementara sebahagian yang lain, dinafikan hak mereka.
Justeru aku tak faham kenapa nak memberi kesenangan dan liberalisasi yang lebih meluas kepada semua rakyat pun, boleh menyebabkan negara ini berada dalam keadaan bahaya?
Nurul Izzah, sesungguhnya kamu seorang pemimpin yang berfikiran luas!!
No comments:
Post a Comment