Tuesday, October 29, 2013

Mahfuz Omar Lebih Berharga Dari Bapa Jamil Khir

Individu paling teruk dihentam bila bapa Menteri, Datuk Seri Jamil Baharum membuat pusingan U membelasah semula pemimpin PAS kerana menyalah tafsir doa yang dibacanya sebagai meminta Tuhan memenangkan calon PAS, sudah pasti Datuk Mahfuz Omar.

Bila ini berlaku bukan mengejutkan kerana atas inisiatif Mahfuzlah maka rombongan tersebut mengambil keputusan menziarahi bapa Jamil Khir di Kampung Sedaka kelmarin, kebetulan ada berlaku kematian di kawasan tersebut pada hari itu.

Cuma bila difikirkan semula (lebih-lebih lagi selepas U-Turn bapa Jamil Khir), rasa tidak wajar pulak Mahfuz dikutuk hanya kerana isu itu, sebab kalau nak diikutkan Mahfuz jauh lebih berharga berbanding bapa Jamil Khir yang hanya bertopengkan keahlian PAS.

Sedang jiwanya sudah karat UMNO.

Maka itu aku menyerulah kepada semua pihak dalam Pakatan Rakyat agar berhenti mengkritik Mahfuz atas isu tersebut (atau apa-apa isu yang dikaitkan dengan beliau dalam kempen kali ini) bagi mengenang jasa dan sumbangannya kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Kalau tidak kerana Mahfuz, Pakatan Rakyat akan ketinggalan dalam beberapa isu hangat yang dibahaskan di Parlimen.  Hanya Mahfuz saja satu-satunya yang berani berhadapan dengan ahli Parlimen UMNO, terutama bila isu yang dibangkitkan terlalu kuat untuk dibantah oleh ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain.

Selain itu, sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Mahfuz perlu diberikan penghormatan yang sewajarnya dan beliau patut diberikan kebebasan untuk menentukan strategi yang sesuai dalam memastikan kemenangan besar PAS dalam pilihanraya kecil kali ini.

Aku sebutkan kemenangan besar sebab menang sudah pasti menang, sasaran sekarang ialah untuk meningkatkan lagi jumlah majoriti Pakatan Rakyat berbanding lebih 2,700 undi yang diperolehi Almarhum Tan Sri Azizan Razak dalam PRU13 yang lepas.

No comments: