Untuk makluman semua, Jumaat ini di Masjid Sungai Dedap, Sungai Limau, PAS akan menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membacakan khutbah Jumaat dan seterusnya menjadi Imam sembahyang untuk hari tersebut.
Ini berikutan kegagalan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat hadir dan mengimamkan sembahyang Jumaat di masjid tersebut seperti dalam perancangan asal. Sementara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula terlibat dengan perbahasan mengenai rang undang-undang perbekalan di Parlimen.
Maka agak sesuailah untuk Anwar - yang akan mula berkampung di Sungai Limau pada hari yang sama untuk menjadi imam pada hari tersebut dan menyampaikan khutbah politik kepada semua orang yang akan hadir bersembahyang disitu.
UMNO sudah tentunya akan menjadikan kehadiran Anwar di masjid tersebut sebagai isu politik dan moral, berikutan beberapa fitnah sebelum ini yang menggambarkan seolah-olah Anwar ini seorang peliwat, penzina dan dengan itu tidak layak memimpin upacara sembahyang.
Sedangkan aku diberitahu, di dalam Islam, tidak ada larangan untuk sesiapa pun menjadi Imam sembahyang (walaupun peliwat dan penzina), asalkan sahaja dia tahu membaca ayat-ayat yang sesuai dengan upacara pada hari berkenaan.
Itu kalau betul peliwat dan penzinalah, masalahnya sekarang, Anwar bukan kedua-duanya. Semua tuduhan yang dilemparkan kepada beliau sebelum ini adalah merupakan satu fitnah. Gambar dan video yang ditunjukkan UMNO sebagai bukti, adalah rekaan semata-mata.
Anyway, untuk aku sendiri, kalau betul pun Anwar terlibat dengan perkara-perkara itu, apa pulak masalahnya? Itu hak dialah, hal dalam bilik ni siapa yang berhak untuk ambil peduli?
Lagipun Anwar terbukti merupakan seorang Imam yang kompeten dan berjaya. Aku dimaklumkan beberapa minggu lepas, Anwar menjadi Imam di Australia semasa dalam rangka rasmi lawatannya ke negara tersebut.
Seterusnya menunjukkan bahawa Anwar sudah jadi Imam yang bertaraf antarabangsa!!
Dr. Badrul Amin, seorang pendakwah dan ulama Islam yang terkemuka di negara ini juga pernah menggelarkan Anwar sebagai Imam Mahdi!! Hebat tak hebat tu. Imam Mahdi ini dipercayai boleh menyelamatkan dunia, apa sangat mengimamkan sembahyang?
Dengan status itu, siapa kita untuk menafikan hak Anwar membacakan khutbah dan mengimamkan upacara semabahyang Jumaat? Takkanlah kerana isu-isu kecil seperti dakwaan liwat dan zina ini, kita nak menyekat Anwar dari mengimamkan upacara sembahyang?
Aku sengaja sebut ini sebab dimaklumkan ada orang PAS yang tidak senang dengan tindakan membawa Anwar menjadi Imam Jumaat nanti. Kononnya bimbang isu-isu moral yang dikaitkan dengan Anwar sebelum ini akan menyebabkan sembahyang semua orang di masjid tersebut pada hari itu, tidak sah.
Ini ternyata satu pemahaman yang bodoh. Orang yang berfikiran seperti ini, tidak mampu nak membezakan antara fitnah yang disebarkan UMNO dengan kewibaan sebenar Anwar dalam mengendalikan upacara tersebut.
Jangan ingat, tanpa kelayakan dalam bidang agama, Anwar tidak mampu nak menjadi Imam sembahyang, beliau telah membuktikannya di peirngkat antarabangsa.
.
No comments:
Post a Comment