Tuesday, October 29, 2013

PAS Wajar Pecat Serta Merta Bapa Jamil Khir

Aku tidak begitu terperanjat bila bapa Menteri, Datuk Jamil Khir Baharum, Haji Baharum Ramli menafikan yang dia ada mendoakan kemenangan calon PAS di PRK Sungai Limau, Azam Samad seperti yang disiarkan Harakah kelmarin.

Bapa mana yang tak sokong anak walaupun berlainan agenda politik - antara sebab aku tak faham kenapa PAS jadikan lawatan ke rumah Baharum tempoh hari sebagai cerita besar. 

Lagipun bukan PAS tak tahu, duit haram UMNO yang disalur tiap-tiap bulan oleh Jamil Khir kepada bapanya, boleh buat 'darah hijau' Baharum, luntur jadi biru.

Ini bukan mustahil, sebab itu orang Islam dilarang makan makanan haram, takut jadi darah, mengalir satu badan dan seterusnya mempengaruhi perilaku individu tersebut.

Haji Baharum sepatutnya menyalurkan wang pemberian Jamil Khir tiap-tiap bulan kepada PAS, kalau nak ambil pun biarlah sedikit, bakinya diserahkan kepada PAS.  Hanya PAS saja yang boleh menghalalkan benda yang haram, tidak terkecuali wang.

Begitu pun, satu yang pasti, perkara tersebut telah menyerlahkan siapa Baharom yang sebenarnya.  Memang dia ahli PAS, tapi insiden tersebut menunjukkan keahlian itu hanya dari segi pendaftaran saja PAS, sedangkan dari segi mentaliti dan pemikiran, Baharum sudah berubah jadi barua UMNO 100%.

Malah dia mengaku pula mengundi UMNO dalam PRU13 yang lepas!!  Aku yakin 100% juga dalam hari pengundian 4 November nanti, Baharum pasti akan undi BN kerana bimbang nanti Jamil Khir henti bantuan duit tiap-tiap bulan.

Itu kemungkinan yang tidak boleh dielak.

Jadi PAS tunggu apa lagi?  Pecat saja si Baharum ini kerana sudah terbukti menyokong calon parti lawan dalam PRU13 yang lepas, tak kiralah calon tersebut anak dia atau tidak.

Kalau PAS tidak pecat Baharum ini, kita bimbang akan ada lebih ramai yang ikut jejak langkahnya dengan mengundi calon parti lawan walaupun memegang keahlian PAS.

PAS perlu tunjuk contoh kepada ahli yang lain bahawa parti itu tidak teragak-agak untuk bertindak tegas terhadap ahli yang engkar dengan perlembagaan parti.

Lagipun Baharum sudah 77 tahun, kena angin akhmar pula tu, aku yakin tidak berapa lama lagi, dia akan mati.  Justeru, PAS tidak perlu lagi terhegeh-hegeh dengan undi Baharum seorang kerana apa pun yang PAS buat, Baharum sudah pasti akan menyokong anaknya.

Ramai lagi manusia di Malaysia ini yang boleh menggantikan undi Baharum dan aku tak rasa, kekurangan satu undi dari Baharum dalam PRK kali ini akan menjejaskan hasrat PAS untuk menang besar di Sungai Limau.


No comments: