Wednesday, October 23, 2013

PRK Sg Limau: Isu "Kalimah Allah" Bukan Boleh Bagi Keselesaan Hidup!!

Pertarungan untuk penentuan kerusi DUN di Sungai Limau bermula hari ini dengan tamatnya proses penamaan calon sebentar tadi. 

Segala-galanya telah disiapkan bagi menghadapi pertarungan kali ini, dan aku lihat PAS ibarat singa terluka (kalah di Kuala Besut tempoh hari), dan akan bangkit dengan garang di Sg Limau ini.

Begitu juga dengan pendekatan kempen, semuanya telah diselaraskan walaupun aku lihat persiapan itu agak berlebih-lebihan di pihak PAS.  Tak kurang dari 35 keypoint yang telah diputuskan untuk digunakan dalam kempen PRK kali ini.

Nak buat apa banyak-banyak?

Pakatan Rakyat hanya perlu 2 perkara ini sahaja, GST dan minyak naik, selesai masalah.  Ini sampai 35 keypoint, itu hanya akan memakan masa kepada semua penceramah untuk bersiap sedia dan dalam masa yang sama pengundi di Sungai Limau ini tidak boleh nak fokus yang mana satu.

Itu di pihak PAS, di pihak UMNO pula isu yang akan dibangkitkan adalah mengenai kalimah Allah, percanggahan dalam Pakatan Rakyat, Islam, layanan buruk PAS terhadap arwah Azizan dulu dan yang seperti itu.  

Sekali pandang, aku lihat UMNO bukan sangat guna isu ini untuk memenangi PRK Kuala Besut - mereka sudah hampir pasti kalah, tapi lebih kepada nak memberi kesan buruk kepada imej PAS sebagai parti yang berasaskan perjuangan Islam.

Maka itu aku nak sebutkan macam ini sajalah, kalimah Allah ini bukanlah isu yang boleh menjamin keselesaan hidup rakyat.  UMNO cuba nak menutup kelemahannya dengan pengenalan cukai baru GST dan kenaikan minyak beberapa minggu lepas dengan membangkitkan isu kalimah Allah.

Apa isu ini boleh buat rakyat hidup senangkah?  Betul, kalau undi Pakatan Rakyat pun harga minyak tidak akan turun segera, tapi kita mahu hantar mesej yang jelas kepada kerajaan dan Najib bahawa rakyat tertekan dari kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Satu kajian yang dijalankan oleh Pakatan Rakyat menunjukkan, lebih 30% rakyat jatuh miskin, kes bunuh diri meningkat, kebuluran berlaku di sana sini akibat dari kenaikan minyak sebanyak RM 0.20 seliter yang diumumkan kerajaan awal bulan September lepas.

Di Sg Limau ini sendiri, berapa banyak jentera pembajak sawah padi yang tidak dapat beroperasi kerana pengusaha tidak mempunyai wang untuk membeli diesel yang semakin mahal?  

Kalau PAS berjaya mempertahankan kawasan ini, kita akan berusaha membantu para pesawah ini bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Carilah punca kewangan dimana-mana, ramai orang PAS yang kaya raya, bertaraf jutawan pun ada.

Begitu juga dengan GST.  Propaganda UMNO kononnya GST akan menjadikan harga sesetengah barangan murah, hanyalah satu khayalan dan imiginasi yang mereka mahu tanam dalam pemikiran rakyat.

Apa sihir yang Najib ada untuk menurunkan harga barangan setelah pengenalan GST bila cukai dikenakan disetiap proses pembuatan dan perkhidmatan?  Sudah tentu dakwaan dan propaganda seperti itu tidak masuk akal sama sekali.

Justeru, rakyat perlu menolak BN malah, menghalau petugas BN yang cuba menghampiri rumah mereka untuk berkempen.  

Pakatan Rakyat perlu menang dengan lebih besar atau BN akan menjadi lebih sombong dan menyusahkan rakyat dengan pendekatan-pendekatan yang kononnya menguntungkan negara tapi sebenarnya lebih menyusahkan rakyat.

No comments: