Wednesday, October 23, 2013

Jauhkan Puak Syiah Dari Azam

Aku tak faham apa yang puak-puak syiah Kedah ini buat semasa proses penamaan calon PRK Sungai Limau ini tadi.

Dilaporkan oleh beberapa orang pengikut PAS yang prihatin, Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan dan beberapa orang pengikutnya kelihatan bersama-sama dalam perarakan penyokong PAS semasa proses penamaan calon pagi tadi.

Siapa yang jemput mereka datang?  Ini yang jadi persoalan.

Apalah kehadiran mereka ini nak bagi rosak peluang calon PAS, Azam Samad untuk menang dengan majoriti lebih besar di Sg Limau?

PAS bukankah sudah isytihar secara terang tidak akan menerima fahaman Syiah ini, termasuk memecat serta merta mana-mana ahli parti tersebut yang didapati terlibat dengan ajaran yang katanya berlawanan dengan Islam itu?

Jadi buat apa Abdullah Hassan berada dalam perarakan itu tadi?

Ini tidak boleh dibiarkan berterusan, bimbang dijadikan bahan utama UMNO untuk menutup peluang Azam bagi mendapatkan majoriti undi yang lebih besar.  Puak-puak ini perlu dijauhkan dari Azam dan tidak boleh turut serta dalam kempen yang sudah pun berjalan.

UMNO sudah tahu mereka tidak ada peluang untuk menang dalam kempen kali ini.  Kenaikan harga minyak, pengenalan GST, penghapusan subsidi gula dan sebagainya dalam pembentangan bajet 2014 Jumaat nanti, semua ini akan dibalas rakyat dengan kekalahan teruk mereka di Sungai Limau.

Silap-silap yang bawa Abdullah dan kumpulannya ke proses penamaan calon pagi tadi pun, UMNO juga, sengaja nak kurangkan majoriti undi yang bakal diperolehi Azam, sengaja nak sabotaj kempen PAS.

PAS perlu menyiasat perkara ini dan membat aduan yang sepatutnya kepada pihak berkenaan.  Seperti yang aku katakan pagi tadi, tujuan UMNO bertanding di Sungai Limau bukan sebab nak menang sangat, tapi sebab nak jatuhkan imej PAS dan Pakatan Rakyat, terutama dalam isu kalimah Allah.

Jadi kalau benarlah UMNO yang membawa Abdullah serta kumpulannya pagi tadi, ia adalah satu kemungkinan yang tidak boleh diketepikan sama sekali.

No comments: