Wednesday, October 23, 2013

Kenapa Nik Aziz Tidak Muncul?

Segala-galanya berjalan lancar dalam proses penamaan calon PRK Sungai Limau pagi tadi, kecuali satu - ketiadaan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang tidak kelihatan sepanjang proses tersebut berlangsung.

Jangan kata itu, anak Nik Aziz, Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, turut tidak kelihatan di mana-mana, tak seperti beberapa kempen pilihanraya kecil dan demonstrasi besar-besaran yang diadakan Pakatan Rakyat.

Dalam PKR Kuala Besut Ogos lepas, Nik Aziz ada juga datang walapun tidak keluar dari kenderaan kerana masalah kesihatan, tapi kali ini ia tidak berlaku, bayang Nik Aziz pun tak nampak.

Para penyokong PAS ternyata kecewa dengan perkembangan ini kerana mereka mahu melihat Nik Aziz hadir bagi memberikan sokongan moral kepada calon PAS di Sungai Limau.

Apa sebenarnya yang berlaku?  Nak kata tidak sihat, tak pulak aku dengar Nik Aziz dimasukkan ke dalam mana-mana hospital.  Aku baca Harakah hari-hari, tak tahu pulak kalau PAS terlepas berita penting macam ini.

Lagipun kalau sakit tenat betul, lepaskanlah sahaja jawatan Mursyidul Am itu untuk dipimpin orang lain, tidaklah sesiapa mengharap Nik Aziz muncul, macam yang berlaku pagi tadi.  Bukan sikit yang kecewa bila tahu Nik Aziz tidak ada.

Seseorang berbisik di telinga aku mengatakan Nik Aziz tidak senang dengan kelompok syiah yang berada di dalam PAS Kedah, maka itu dia tidak hadir bagi mengelakkan perasaan tidak selesa antara kedua-dua kumpulan.

Nik Aziz yang diketahui berfahaman Wahabbi, memang tidak boleh bercampur dengan puak-puak syiah ini, walaupun dalam soal nak bekerjasama untuk menang dalam pilihanraya.

Ini masalah dengan orang Islam, bukan sahaja di Malaysia tapi seluruh dunia.  Jumlah ramai, tapi nak bersetuju dalam hal bunuh lalat pun, tak mampu nak dibuat sebab berbeza Mazhab dan pendapat.

Apa pun, ketiadaan Nik Aziz ini merupakan satu setback kepada kempen PAS di Sungai Limau sebab yang terlibat ini parti dia sendiri, PAS.  Tak kiralah apa yang berlaku, Nik Aziz sepatutnya datang untuk menaikkan moral penyokong PAS disini.

No comments: