Wednesday, November 27, 2013

ADUN Penanti: Jangan Pecat, Biar Dia Meninggal Dulu


Majoriti penyokong Pakatan Rakyat sangat tidak bersetuju dengan cadangan agar ADUN Penanti, Dr. Norlela Ariffin meletakkan jawatan dan satu pilihanraya kecil diadakan di kawasan tersebut untuk menamakan penggantinya.

Ura-ura Norlela akan melepaskan jawatan ini mula bertiup kencang semula setelah dia melepaskan jawatan Ketua Wanita PKR, Pulau Pinang kepada penyandangnya yang dulu, Norhayati Jaafar berkuatkuasa semalam.

Walaupun aku faham Norlela ini datang dari kem berbeza dalam PKR, tapi soal itu diketepikan dulu demi untuk memastikan tidak ada sebarang keputusan upset kalau pilihanraya kecil diadakan sebab Norlela meletakkan jawatan.

Penanti adalah kawasan DUN dalam Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dan amat pentinglah bukan sahaja kemenangan dicapai, tapi majoriti undi yang besar turut perlu diperolehi atau imej Ketua Umum PKR tersebut boleh terjejas.

Ini memandangkan buat masa ini tidak ada calon yang benar-benar berkaliber yang boleh diketengahkan PKR di kawasan tersebut.  Penolong Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, Masirah Che Ani yang dikatakan layak, belum benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut.

Sementara dua calon lain yang turut dicadangkan, Zainol Abidin Bin Saad dan Mohd Shukri, tidak begitu disenangi penduduk Penanti berikutan masalah peribadi yang membelenggu hidup masing-masing.  Apakah masalahnya itu, aku tak payah jelaskan disini.

Aku suka nak cadangkan, sebaiknya tunggu saja penyakit barah hati tahap 4 yang dialami Norlela ini menghabiskan riwayat hidupnya, barulah pada ketika itu rakyat akan lebih mudah untuk mengundi Pakatan Rakyat berbanding kalau dia meletakkan jawatan akibat tekanan politik.

Lagipun kem yang Norlela menganggotai sehingga menimbulkan  perasaan kurang senang di kalangan pemimpin cabang Permatang Pauh pun bukan kem yang jauh berbeza sangat, kem Presiden, Datin Seri Wan Azizah Ismail juga.


No comments: