Thursday, November 28, 2013

Apa Tujuan MB Kelantan Jumpa Najib?

Sehingga kini Pakatan Rakyat masih keliru dengan tujuan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub mengadakan pertemuan di Najib Tun Razak di pejabatnya di Putrajaya sebentar tadi.

Pakatan Rakyat tidak pernah diberitahu tentang perkara ini apatah lagi memberi lampu hijau supaya pertemuan itu di teruskan.  Benar, kita langsung tak tahu menahu walaupun Najib telah membayangkan tentang perkara tersebut malam tadi.

Kita sangka Najib bergurau, rupanya tidak.


Selepas dari ini, rasanya tidak salah kalau Pakatan Rakyat memanggil Ahmad Yaakub untuk menjelaskan tujuan pertemuan tersebut diadakan dan kenapakah Pakatan Rakyat tidak dimaklumkan mengenainya terlebih dahulu.

Apakah agenda yang dibincangkan, adakah ia berkaitan dengan Muzakarah antara UMNO dengan PAS yang disebut Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang dalam ucapan penutup sempena muktamar kali ke 59 parti tersebut Ahad lepas?

Walaupun pertemuan tersebut agak ringkas, lebih kurang setengah jam sahaja, tapi ia memberi impak yang sangat besar terhadap permuafakatan dalam Pakatan Rakyat.  Apatah lagi pertemuan itu berlaku di tengah-tengah kegilaan PAS nak bermuzakarah dengan UMNO.

Najib adalah musuh Pakatan Rakyat nombor satu dan dalam apa keadaan sekalipun, tidak ada mana-mana pemimpin utama Pakatan Rakyat yang dibenarkan untuk berjumpa dengan dia tanpa mendapat kelulusan Pakatan Rakyat terlebih dahulu.

Sebab itulah kita tidak melihat mana Menteri Besar atau Ketua Menteri (selain Kelantan) yang pergi ke Putrajaya untuk berjumpa dengan Najib, kerana wujud arahan sedemikian rupa.  Kalau Najib yang pergi berjumpa dengan mereka, itu cerita lain.

Sekarang ini kita pula yang berjumpa dengan dia, apa motif disebaliknya?  Itu yang kita nak tahu.

Justeru, Majlis Presiden Pakatan Rakyat diseru untuk mengadakan sidang tergempar dengan segera bagi membincangkan perkara ini dengan lebih mendalam.  Abdul Hadi perlu menjelaskan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang kenapa perkara itu boleh berlaku.

Kalau gagal, tidak ada pilihan lain PAS perlu diketepikan dari segala perbincangan mengenai strategi Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya sehingga keadaan benar-benar pulih.  

Soal nak mengadakan muzakarah itu sendiri pun sudah satu beban, pertemuan yang tidak disangka-sangka ini pulak menambah masalah sedia ada.  Aku risau banyak lagi mengenai perancangan Pakatan Rakyat yang menjadi pengetahuan Najib selepas pertemuan tersebut.

No comments: