Sebagai penyokong Pakatan Rakyat, aku berasa malu dengan keputusan yang diambil kerajaan negeri Selangor semalam dengan menaikkan gaji Exco, Speaker, Timbalan Speaker, ADUN dan Menteri Besar sendiri sehingga berkali-kali ganda.
Itu aku, kalau kita lihat pandangan dalam blog-blog mesra UMNO dan sebagainya, lebih teruk lagi.
Keputusan ini agak tidak munasabah kerana dalam keadaan rakyat masih ramai yang menderita akibat tekanan hidup yang disebabkan oleh polisi zalim kerajaan persekutuan, tidak seharusnyalah pemimpin kerajaan negeri Selangor menaikkan gaji sendiri pada kadar yang terlalu tinggi.
Walaupun Selangor mungkin mempunyai lebihan kewangan sehingga membolehkan keputusan berkenaan dibuat, tapi kita tahu lebihan itu adalah diakibatkan dasar berjimat cermat keterlaluan kerajaan negeri sehingga berlaku lebihan.
Dasar ini pernah ditegur oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu Majlis di Petaling Jaya beberapa bulan lepas, tapi Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim nampaknya masih buat pekak telinga.
Jika semua keperluan rakyat telah dipenuhi, prasarana awam telah ditingkatkan ke tahap yang lebih baik dari standard dunia dan sebagainya, nak bagi naik gaji berapa ratus kali ganda pun, rakyat peduli apa.
Masalahnya sekarang, masih banyak yang perlu dilakukan kerajaan negeri untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, dan tidak seharusnyalah dalam waktu itu kerajaan negeri mengambil peluang untuk menaikkan gaji pimpinan tinggi dengan begitu banyak sekali.
Nanti apa rakyat tanya apa kita nak jawab?
Itu belum lagi kita bercakap tentang rungutan oleh kakitangan kerajaan negeri yang pasti mempersoalkan kewajaran pimpinan negeri diberikan kenaikan yang begitu mendadak sedangkan mereka masih di takuk lama.
Lagipun termasuk yang mendapat manfaat ini ialah 12 ADUN BN kerana mereka turut menerima kenaikan setinggi 87%. Kalau pemimpin Pakatan Rakyat saja yang menikmati kenaikan tersebut, tak mengapa juga, ini dengan ADUN BN sekali, apa ada hasil?
Aku harap Anwar boleh masuk campur dan memaksa kerajaan negeri untuk memikirkan semula keputusan ini. Kita tidak mahu cara Khalid menguruskan Selangor, akan dijadikan bukti oleh UMNO akan dasar-dasar pembaziran yang mungkin dilakukan jika Pakatan Rakyat berjaya merampas kerajaan persekutuan.
Kita tahu semua itu tidak akan berlaku kerana yang akan berkuasa bukan Khalid sebaliknya Anwar, tapi nama Pakatan Rakyat akan dikaitkan juga.
Terkini: Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengeluarkan kenyataan bersetuju dengan pandangan blog ini bahawa kenaikan itu terlalu tinggi dan perlu dikaji semula. Terima kasih Datuk Seri
Terkini: Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengeluarkan kenyataan bersetuju dengan pandangan blog ini bahawa kenaikan itu terlalu tinggi dan perlu dikaji semula. Terima kasih Datuk Seri
No comments:
Post a Comment