Ura-ura kerajaan Malaysia akan membawa rakyat negara ini yang dijadikan hamba oleh sepasang suami isteri selama lebih 39 tahun di London, telah benar-benar mengejutkan rakyat negara kita.
Ini kerana wanita berkenaan yang dikenali sebagai Siti Aishah Abd Wahab itu pernah terlibat dengan pergerakan komunis berhaluan kiri sehingga melarikan diri dari Malaysia untuk menetap di London akibat diburu polis negara ini pada tahun 70-an.
Aku fikir kerajaan negara ini begitu anti dengan fahaman komunis ini sehingga sesiapa yang diketahui menyokong fahaman tersebut akan ditangkap dan kalau berada di luar negara, dah jadi abu pun tak dibenarkan untuk dibawa balik.
Contohnya macam dalam kes Chin Peng yang meninggal dunia akibat sakit tua pada 16 September yang lepas. Jangan kata mayat, abunya pun tak dibenarkan masuk ke negara ini, zalim tak zalim.
Macam itu sekali. Tapi macam mana pula dalam kes Siti Aishah ini dia nak dibawa balik walaupun sudah disahkan polis sebagai berfahaman komunis seperti Chin Peng? Adalah sebab dia melayu maka kelonggaran diberikan untuk dia dibawa balik?
Ini sudah tentu keputusan yang tidak adil dan bersifat perkauman.
Walaupun aku sedar Siti Aishah barangkali masih mempunyai kerakyatan Malaysia (tak pasti sama ada kewarganegaraannya sudah dibatalkan atau belum), berbanding Chin Peng yang tidak pernah menjadi rakyat negara kita, tapi itu semua tidak penting.
Yang penting ialah Chin Peng dan Aishah sama-sama berfahaman komunis tapi kenapa hanya Aishah boleh dibawa pulang sedangkan Chin Peng tidak boleh? Adakah soal kerakyatan? Kalau macam itu beri sajalah status warganegara kepada Chin Peng, apa susah sangat ke?
Indon beli beri (kewarganegaraan), Filipina boleh beri kenapa Chin Peng tidak boleh? Hanya sebab dia berfahaman komunis, habis macam mana dengan perempuan tua Siti Aishah ni?
Pakatan Rakyat dengan ini memberi amaran kepada pentadbiran Najib Tun Razak semua tidak bermain isu perkauman dalam hal ini. Jika wanita tua Siti Aishah ini dibenarkan untuk dibawa balik, maka abu Chin Peng yang kini berada di Thailand juga mesti dibenarkan untuk dibawa balik juga.
Kalau masih diteruskan juga amalan yang tidak adil ini, maka Pakatan Rakyat akan mengadakan protes secara besar-besaran seperti yang sedang dalam perancangan sekarang.
No comments:
Post a Comment