Kajian menunjukkan setiap orang ada tafsiran berbeza tentang 'menipu'. Ada yang memandang perbuatan itu salah, ada yang melihatnya tidak mengapa - bergantung kepada situasi tertentu yang mewajarkan penipuan tersebut.
Dalam konteks politik, penipuan dalam sesetengah keadaan, memang dibolehkan. Antaranya 'menipu' tentang pengundi hantu dari Bangladesh, seperti yang cuba dikaitkan banyak pihak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
Ini setelah Anwar secara berterus terang menafikan Pakatan Rakyat pernah membangkitkan soal 40,000 pengundi Bangladesh ini, walaupun dikatakan ada terlalu banyak bukti yang menunjukkan sebaliknya.
Tapi ramai yang tidak perasan, Anwar kata Pakatan Rakyat tak sebut, bukan beliau tak sebut!!
Jadi betullah, mana ada Pakatan Rakyat keluar kenyataan rasmi mengenai pengundi hantu dari Bangladesh seramai 40,000 orang, yang sebut itu Anwar.
Apa pun, kalau nak dikatakan bahawa Anwar menipu pun, rasa aku tak menjadi kudis. Ini politik, penipuan atau apa pun pendekatan yang digunakan Pakatan Rakyat dan komponennya, adalah wajar kerana matlamatnya ialah nak menumbangkan rejim BN yang terlalu lama berkuasa di negara ini.
Difahamkan, dalam Islam sendiri ada istilah untuk penipuan yang dibolehkan agama, ia dipanggil Bohong Sunat.
Kalau agama pun dah membolehkan, siapa pula UMNO nak menilai sama ada Anwar ini seorang yang munafik atau tidak kerana kononnya menipu tentang kewujudan Bangladesh 40,000 orang itu?
Lagipun, BN masih menang dalam PRU13 yang lepas, menunjukkan 'penipuan' yang kononnya dilakukan Anwar itu, tidak sama sekali memberi kesan kepada parti tersebut. Jadi aku tak nampak apa sebab isu tersebut nak diperbesar-besarkan.
Macam dah tak ada benda lain nak dibuat.
Rakyat Malaysia ini pun nampaknya tidak kisah kalau betul Anwar menipu pun. Penduduk negara ini sudah biasa dengan penipuan, semua orang pernah buat dalam jangka hayat masing-masing. Lumrahlah macam itu, cuma dalam kes Anwar ia menjadi heboh sikit sebab ada kepentingan politik.
Bukan kepentingan moral atau kepentingan agama seperti yang mahu dilihat sesetengah pihak. Apa Najib tak pernah menipu ke, Mahyudin tak pernah menipu ke dalam hidup mereka? Mari aku kerat jari* kalau betul dua ekor ini tak pernah menipu langsung.
* (Aku tak sebut jari siapa).
No comments:
Post a Comment