Mungkin ramai tidak sedar akan kewujuduan buku 'The Malay Ruler - Regression or Reform' karangan bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali yang dilancarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Petaling Jaya baru-baru ini.
Walaupun baru dilancarkan, buku itu sudah mendapat kecaman pihak-pihak seperti ISMA dan Gapena kerana dikatakan mengandungi unsur-unsur yang kononnya bermaksud nak menghapuskan pemerintahan beraja di negara ini.
Latarbelakang Syed Husin sebagai seorang pengikut tegar sistem sosialis yang berasaskan republik telah menguatkan lagi dakwaan ISMA dan Gapena bahawa buku tersebut memang untuk menghapuskan sistem beraja.
Tapi, dari apa yang aku difahamkan buku tersebut bukan nak menghapuskan pemerintahan beraja, sebaliknya lebih kepada cadangan untuk menghapuskan penggunaan bahasa Istana tertentu yang dilihat Syed Husin sebagai menghina orang yang mengucapkannya.
Antara perkataan-perkataan Istana yang dipertikaikan Syed Husin dalam buku tersebut ialah ayat seperti 'Duli' dan 'Patik' yang didakwa Syed Husin membawa maksud tapak kaki dan anjing.
Pakatan Rakyat berpendapat tidak ada salahnya semua perkataan-perkataan itu dikaji semula bagi memastikan kesesuaian maksud dengan peredaran zaman semasa.
Lagipun Pakatan Rakyat melihat negara-negara seperti England yang mempunyai sejarah beraja jauh lebih lama dengan kita pun, tidak pun melarang rakyatnya memanggil raja atau ratu mereka dengan 'I' atau 'You' sahaja.
Betul, budaya mereka dan budaya kita berlainan, tapi apa salahnya perkara itu dikaji semula seperti apa yang dimahukan Syed Husin melalui penerbitan buku tersebut.
Maka itu sewajarnyalah Pakatan Rakyat mempertahankan Syed Husin dari sebarang kontroversi yang diakibatkan oleh buku itu.
Demi menuju agenda yang lebih besar, Pakatan Rakyat memang tidak ada pilihan lain selain dari mempertahankan buku itu dari sebarang tindak balas oleh NGO-NGO Melayu atau kerajaan sendiri, sama ada dalam bentuk pengharaman, menarik balik permit dan sebagainya.
Buku itu pun dilancarkan oleh Anwar yang turut menggunakan gelaran Dato Seri yang dianugerahkan oleh raja-raja Melayu. Oleh yang demikian amat tidak masuk akal Anwar akan melancarkan buku tersebut kalau ia bermaksud nak menghapuskan pemerintahan beraja.
No comments:
Post a Comment