Friday, November 22, 2013

Kakitangan Kerajaan Memang Kucing Kurap

Pakatan Rakyat menyokong kenyataan ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang baru-baru ini menggelar seorang kakitangan awam Melayu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP) sebagai kucing kurap.

Walauipun nampak kasar dan menghina, tapi sememangnya kakitangan awam berhak mendapat celaan sedemikian dari ahli Parlimen DAP tersebut.  Sebagai ahli Parlimen, adalah menjadi tugas beliau menegur kakitangan awam yang tidak menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang.

Selain waktu mengundi, kakitangan awam di negara kita hanyalah liabiliti yang besar kepada negara.  Banyak wang yang dihabiskan untuk menanggung mereka tapi hasil yang diberikan amatlah kecil nilainya kepada rakyat yang bertungkus lumus membayar cukai.

Bagaimanapun, adalah salah untuk mana-mana kakitangan awam mengambil hinaan ini dari sudut yang negatif.  Perkara ini perlulah dilihat dari sudut positif dengan meningkatkan lagi mutu tugas kakitangan awam yang selama ini tidak begitu memuaskan hati rakyat dan disuarakan melalui wakil mereka.

Memberi motivasi - itulah perkataan yang sesuai.

Aku tak rasa ada perlunya mengulas panjang lebar tentang kelembapan dan asepek-aspek negatif oleh kakitangan awam kerana semuanya orang tahu.  Buktinya, tidak ada hari dimana kita tidak mendengar rungutan mengenai prestasi kakitangan awam.

Lebih teruk lagi bila ada di kalangan kakitangan awam ini menyalahgunakan kedudukan masing-masing untuk kesenangan diri sendiri seperti yang di dedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini.

Semua inilah yang menjadikan kakitangan awam di negara kita setaraf dengan kucing kurap.  Jadi memang betullah apa yang disebutkan Jeff Ooi itu.  Kenapa pula nak marah benda yang betul?

Teguran keras sebegini bukan baru, sebelum ini Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua juga menggelar kakitangan awam di Pendaftar Pertubuhan sebagai anjing UMNO atas sikap agensi tersebut yang sering kali menggunakan kuasa untuk menekan DAP.

Syukurlah setakat ini tidak ada tindakan agresif dari kakitangan awam berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Jeff Ooi tersebut.  Maksudnya disitu kakitangan awam negara kita sudah matang dan mengakui kesilapan yang mereka lakukan.

Gelaran kucing kurap itupun sebenarnya kalau ikut kamus hidup aku, bunyinya terlalu lembut.  Kalau kena gelar anjing kurap macam mana?

Lagi teruk, jadi beruntunglah kerana setakat digelar kucing kurap.




No comments: