Friday, November 29, 2013

Celaka Punya Singapura Intip Malaysia

Pakatan Rakyat memandang serius dakwaan pengintipan yang dlilakukan oleh agensi perkhidmatan rahsia Singapura seperti didedahkan sebuah akhbar Australia kelmarin.

Ini dibuktikan melalui beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin seperti Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil kelmarin yang antara lain menyeru tindakan tegas dari pentadbiran Najib Tun Razak.

Bukan setakat memanggil Pesuruhjaya Kedutaan atau menghantar nota diplomatik sahaja,  Semua itu terlalu lembut.  Pakatan Rakyat mahu satu tindakan tegas, kalau perlu berkeras, kita berkeraslah, takut ke?


Proses pengintipan yang juga di dakwa sebahagian daripada rangkaian yang lebih besar melibatkan agensi perisikan pusat Amerika Syarikat CIA itu turut melibatkan negara-negara seperti Australia dan Korea Selatan -semuanya adalah negara sekutu Amerika di rantau sebelah sini.

Tindakan seperti ini tidak boleh diterima, walaupun salah satu komponen Pakatan Rakyat, DAP adalah merupakan legasi kepada parti pemerintah Singapura, PAP yang ditinggalkan sebaik negara pulau tersebut berpisah dengan Malaysia pada 1965.

Sejak terbocornya maklumat mengenai penglibatan Anwar dengan hubungan homoseksual oleh agensi perisikan Singapura yang disiarkan Wikileaks tidak beberapa lama dahulu, kepercayaan Pakatan Rakyat terhadap Singapura memang telah menurun dengan begitu drastik sekali.

Benar Singapura banyak membantu Pakatan Rakyat, terutama DAP dalam kempen-kempennya di negeri seperti Johor, tapi itu tidak sama sekali bermaksud Pakatan Rakyat perlu mempertaruhkan kedaulatan negara semata-mata nak membalas budi.

Lagipun sumbangan Singapura hanya terhad kepada DAP sahaja, tidak kepada 2 parti komponen Pakatan Rakyat yang lain, seperti PKR dan PAS.

Perkara ini perlu dijelaskan dengan segera kerana Pakatan Rakyat tidak mahu dikaitkan dengan sebarang pembocoran maklumat berkaitan keselamatan negara kepada Singapura.  

Apatah lagi 2 negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, iaitu Pulau Pinang dan Kelantan, turut menempatkan aset strategik pertahanan udara negara iaitu Pengkalan Udara Butterworth dan Pengkalan Udara Gong Kedak.

Kedua-dua pengkalan udara tersebut menempatkan pesawat pejuang tercanggih dalam inventori tentera kita iaitu masing-masing pesawata F/A 18D Hornet (Butterworh) dan Sukhoi SU-30MKM (Gong Kedak).

No comments: