Friday, November 29, 2013

Audit: Kenapa Ramai K'tangan K'jaan Pro PR Disiasat?

Difahamkan dari seramai 39 kakitangan awam yang sedang disiasat dan berhadapan dengan kemungkinan besar untuk di dakwa di Mahkamah lanjutan penyelewengan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012, lebih separuh adalah terdiri dari mereka yang pro Pakatan Rakyat,

Sekurang-kurangnya 3 daripada mereka telah dilantik menjadi Ahli Majlis Perbandaran di negeri-negeri yang Pakatan Rakyat perintah sebaik bersara dari perkhidmatan kerajaan selepas PRU13 yang lepas, berikutan sumbangan mereka dalam memastikan kemenangan parti komponen Pakatan Rakyat.

Walaupun telah bersara, tindakan tetap akan diteruskan kerana audit ini melibatkan transaksi yang berlaku semasa mereka masih dalam perkhidmatan.

Aku melihat perkara ini sebagai satu lagi masalah yang bakal mencalarkan imej Pakatan Rakyat.  Masyarakat Malaysia ini memang tidak kisah jika pemimpin terlibat dengan skandal seks kerana itu adalah hak asasi masing-masing. 

Tapi jangan perkara-perkara berkaitan dengan salah guna kuasa dan penyelewengan, rakyat tidak akan menunggu sehingga pilihanraya untuk menghumban pemimpin yang terlibat dengan perkara seperti ini.

Maka itu aku nak menjelaskan disini bahawa Pakatan Rakyat tidak ada sebarang kaitan dengan semua salah laku terbabit jika kes mereka dibawa ke Mahkamah nanti.

Kedudukan mereka dalam pihak berkuasa tempatan sebagai ahli Majlis juga tidak berkaitan dengan sebarang penyelewengan yang didakwa dilakukan mereka semasa masih dala perkhidmatan kerjajaan.  

Manalah kerajaan negeri Pakatan Rakyat berkaitan tahu mereka ini terlibat dengan penyelewengan semasa masih berkhidmat.  Jika kita tahu, mereka pasti tidak akan dilantik ke jawatan tersebut.

Dalam masa yang sama, Pakatan Rakyat nak mempersoalkan tindakan BN menyiasat kakitangan dan pesara kerajaan yang diketahui kuat menyokong Pakatan Rakyat sahaja.  Apa penyokong BN dalam perkhidmatan awam tidak ada yang menyeleweng ke?

Maka itu aku yakin, tindakan BN yang hanya menyiasat kakitangan dan pesara awam pro Pakatan Rakyat adalah  semata-mata untuk mencari alasan bagi memburukkan imej Pakatan Rakyat walaupun tahu tindakan individu terbabit tidak ada kaitan langsung dengan sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat.

No comments: