BANTAHAN atas kenaikan besar-besaran beberapa pemegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan Selangor oleh blog ini semalam, terbukti atas sebab kepentingan rakyat bukan sebab blog ini menjadi macai UMNO seperti dakwaan sesetengah pihak.
Tambahan itu, bantahan sama turut dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Azmin Ali.
Tambahan itu, bantahan sama turut dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Azmin Ali.
Begitu pun, setelah difikir-fikirkan semula, kenapa TS Khalid tidak menaikkan gajinya sendiri sebanyak RM 100,000 terus. Dah alang-alang naik beratus peratus tu, apa tak genap-genapkan jumlah tersebut kepada RM 100k.
Senang sikit nak kira. Ini ada pula RM 29,750, menyusahkan pembantu pentadbiran nak mengiranya saja.
Lagipun aku dimaklumkan Khalid ini kerja begitu kuat - lebih kuat dari Najib Tun Razak yang jadi Perdana Menteri itupun. Sebab itulah agaknya kenapa gaji Khalid lebih tinggi dari gaji Najib walaupun Khalid hanya jaga satu negeri, Selangor.
Mungkin selepas ini Khalid akan guna dana kerajaan negeri untuk beli jet peribadi bagi kegunaannya sendiri. Maklumlah, nak setaraf dengan Najib.
Tak masuk akal langsung.
Aku nak berkongsi kebimbangan Anwar yang ramai tidak tahu. Anwar memang ada masalah mengawal Khalid yang gemar buat kerja ikut kepalanya sendiri. Anwar tahu, Selangor masih ada komitmen kewangan yang sangat besar menanti, sekiranya perjanjian ambil alih konsesi air dengan Syabas dan 3 syarikat lain menjadi kenyataan.
Pada waktu itu kerajaan negeri memerlukan wang sekurang-kurangnya RM 9.65 billion (pada harga tawaran kerajaan negeri) untuk memuktamadkan pengambilalihan tersebut. Itu paling kurang, aku tak rasa Rozali Ismail akan jual pada harga minimum, dia pasti akan caj lebih tinggi.
Kerajaan Selangor sekarang bergantung kepada bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Mohd Taib yang baru menyertai PAS sebelum PRU13 yang lalu untuk berunding dengan Rozali.agar menerima tawaran tersebut.
Jika Rozali tetap berkeras, habislah kerajaan negeri, mana nak dicari wang?
Sebab itu Anwar tidak setuju Khalid berbelanja terlalu mewah dengan menaikkan gaji sesuka hati tinggi. Ini ramai mungkin tak perasan.
No comments:
Post a Comment