Keputusan UMNO Johor nak mengubah semula cuti mingguan di negeri tersebut dari Sabtu/Ahad kepada Jumaat Sabtu - seperti yang terbocor kepada umum baru-baru ini, dilihat Pakatan Rakyat sebagai satu keputusan yang bertentangan dengan prinsip dan norma-norma kemanusian.
Untuk makluman, asalnya memang cuti mingguan di Johor adalah pada Jumaat dan Sabtu, tapi setelah Tan Sri Mahyuddin Yassin menjadi Menteri Besar, pada dekad 80-an, cuti itu diubah kepada Sabtu/Ahad, sehinggalah sekarang.
Dikatakan, keputusan Mahyuddin itu menaikkan kemarahan pihak-pihak tertentu berkaitan Istana di Johor, sehingga Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad (bila dia ni nak mati), terpaksa membawa Mahyuddin ke peringkat pusat dan melantik Ghani Othman sebagai Menteri Besar.
Sejauh mana kebenaran di sebalik cerita tersebut aku tak pasti, tapi yang penting, rakyat dah selesa dan gembira dengan cuti mingguan pada Sabtu dan Ahad, tiba-tiba cuti itu nak diubah semula. Bukankah itu menyusahkan?
Kenapa Menteri Besar Johor yang baru, Khaled Nordin nak ubah? Benarkah ada dakwaan yang mengatakan desakan ini datang dari Noh Gadut, bekas Mufti yang kini Penasihat Agama Johor?
Lepas ini apa, Johor nak laksanakan hudud pula ke, sebab kalau ikut Noh Gadut, dia memang cenderung ke situ.
Pakatan Rakyat melihat keputusan yang bakal dilaksanakan awal tahun depan ini sebagai mencabuli hak rakyat, terutama kepada penganut agama Kristian yang nak bersembahyang pada hari Ahad. Kalau Ahad sudah jadi hari bekerja, siapa pula yang nak datang ke gereja untuk bersembahyang?
Negeri-negeri yang setakat ini mengamalkan cuti mingguan pada hari Jumaat dan Sabtu di Malaysia, hanyalah negeri-negeri yang majoriti penduduknya dihuni orang Islam, macam Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Itu tak mengapalah, sebab nak beri kemudahan kepada orang disana (terutama lelaku) mengerjakan upacara sembahyang Jumaat.
Berbeza dengan negeri Johor - melihat kejayaan DAP menambah begitu banyak kerusi Parlimen dan DUN di negeri tersebut. DAP boleh berjaya begitu kerana majoriti besar penyokong mereka adalah orang Kristian, menunjukkan populasi Kristian di Johor juga adalah besar.
Maka itu, Pakatan Rakyat telah membuat keputusan akan menggunakan segala platform yang ada (Dewan Rakyat/Dewan Undangan Negeri Johor) bagi menyatakan bantahan ini, demi kepentingan seluruh rakyat Johor, terutamanya penganut agama Kristian.
Pakatan Rakyat berpegang kepada prinsip, Malaysia sudah cukup dibebankan dengan unsur-unsur Islami yang keterlaluan (azan terlalu kuat, cuti Jumaat/Sabtu dan sebagainya). Biarlah ia setakat apa yang ada sekarang, tak perlu nak diperluaskan unsur-unsur tersebut kepada negeri seperti Johor pula.
Yang ada inipun kalau boleh kita nak bagi kurang dan kurang lagi. Malaysia ini bukan negara Islam pun.
Jika keadaan memerlukan, Pakatan Rakyat akan membawa perkara ini untuk dicabar di Mahkamah supaya satu keputusan yang muktamad boleh dibuat.
No comments:
Post a Comment