Thursday, November 21, 2013

Nafi 40,000 Bangladesh Bukan Penipuan Tapi Seni Politik Yg UMNO Takkan Faham

Ada sebablah kenapa aku tidak berapa hairan bila Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan blog ini ada kena mengena dengan Pakatan Rakyat lanjutan dari kontroversi yang timbul berikutan tersiarnya artikel berkaitan kes bunuh Ambank di blog ini 2 minggu lepas.

Kerana aku tahu ini seni politik yang UMNO dan juak-juaknya tidak akan faham sampai bila-bilapun. 

Samalah seperti penafian Anwar semalam bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah buat dakwaan kewujudan 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh semasa PRU13 yang lepas (sebaliknya blogger UMNO), ini juga sebahagian dari seni berpolitik yang aku sebutkan di atas.

Payah aku nak jelaskan seni yang macam mana kerana ini politik, segalanya mungkin.  Kalau aku jelaskan nanti, terbongkar pula rahsia, tapi siapa yang faham, dia akan faham jugalah.

Apa yang penting, sejarah membuktikan bahawa Anwar menipu atau tidak seperti mana dakwaan UMNO, ia tidak akan memberi kesan kepada rakyat, percayalah.  Sebab isunya bukan Anwar, isunya UMNO/BN perlu ditumbangkan dari menjadi kerajaan di Malaysia.

Rakyat dah jelak dengan pemerintahan yang berpaksi kepada dasar-dasar lama, tidak mengikut peredaran masa dan zaman.

Sebab itulah UMNO main ulang tayang Anwar menipu dalam kes 16 September, Kg Buah Pala - termasuk yang terbaru ini, beribu kali pun, rakyat akan tetap memberi sokongan kepada Anwar sebab isunya bukan Anwar, tapi nak tukar kerajaan.

Anwar hanya satu watak saja, biasalah, dalam mana-mana kisah yang panjang pasti ada watak penting.  Anwarlah yang sekarang memainkan watak itu.  Rakyat nak tukar kerajaan perlu ada seorang pemimpin yang boleh diterima semua, dan hanya Anwar sahaja yang boleh menjadi pemimpin tersebut.

UMNO saja yang buat-buat tak tahu.

Salah satu sebab kenapa UMNO semakin merosot sokongan kebelakangan ini adalah kerana UMNO gagal melihat perubahan yang sedang berlaku di bawah.  Rakyat nak perubahan, tukar kerajaan, bukan peduli pun siapa jadi penipu atau jadi penjahat.

Najib taburlah berapa banyak BR1M pun, rakyat terima tapi undi tetap Pakatan Rakyat.  Adalah yang bodoh-bodoh masih mengundi BN kerana duit haram yang tak seberapa tu, tapi jumlah orang macam ini makin lama makin pupus dah.

Kalau rakyat nak orang baik-baik dan terpuji menjadi pemimpin, ramailah bekas-bekas banduan atau yang tidak berpelajaran tinggi yang tak merasa jadi ahli Parlimen.  

Aku tak nak sebut siapa kerana takut disalah tafsir sebagai menghina, tapi inilah realiti, rakyat tidak peduli latar belakang pemimpin, yang penting dia mampu bawa perubahan.

No comments: