Saturday, November 9, 2013

Kalimah Allah: PR Berjaya Hadap Kes Mat Yo Ke AFC


Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) yang begitu kurang ajar menayangkan kalimah Allah ketika perlawanan  kelayakan Piala Asia antara Malaysia dengan Bahrain pada 15 Oktober tersebut, berhadapan dengan kemungkinan digantung dari permainan bolasepak seumur hidup.

Ini setelah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menerima aduan mengenai perkara tersebut dari Pakatan Rakyat dan bakal membuat keputusan mengenai nasib pemain pasukan JDT itu pada bila-bila masa dari sekarang.

Pada 30 Oktober yang lepas, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dipetik sebagai berkata bahawa FAM telah menghantar surat penjelasan mengenai perkara tersebut kepada AFC.  Rujukan mengenai perkara tersebut boleh dirujuk disini.

Bagi yang tidak tahu, sebelum menjadi Setiausaha Agung FAM, Hamidin ialah Setiausaha Persatuan Bolasepak Selangor - negeri yang sekarang diperintah Pakatan Rakyat.  Jadi janganlah terperanjat kenapa isu ini sampai ke pengetahuan AFC.

Tapi yang penting sekali, Pakatan Rakyat telah berjaya dalam usaha memastikan Mat Yo dihukum atas sikap kurang ajarnya itu, setelah jurulatih pasukan kebangsaan, K Rajagopal gagal mengambil tindakan tegas terhadap pemain tersebut.

Dalam masa yang sama, aku bangga jugalah kerana berjaya membuka mata Pakatan Rakyat untuk bertindak ke atas Mat Yo.  

Bagi yang tidak tahu, blog ini adalah yang pertama mengecam tindakan Mat Yo menunjukkan kalimah Allah ketika orang Kristian masih berduka akibat keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang orang Kristian dari menggunakan kalimah tersebut dalam majalah The Herald.

Artikel tersebut boleh baca disini.

Semua pihak perlu mendoakan agar Mat Yo benar-benar diharamkan dari bermain bolasepak buat selama-lamanya kerana sukan bolasepak tidak perlukan pemain seperti ini (yang sering cetus kontroversi dan provokasi kepada orang Kristian) bermain mewakili pasukan kebangsaan.



1 comment:

Anonymous said...

Aku sokong MAt Yo. Aku berbangga ada orang Islam yang menunjukkan sokongan melawan kesesatan kafir Kristian.