Seperti mana yang dijangka banyak pihak, pasukan bolasepak negara yang antara lain dibarisi pemain paling tak berguna 2013, Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo), kalah kepada pasukan Qatar dalam perlawanan kelayakan Piala AFC di Shah Alam malam tadi.
Kekalahan itu bermaksud, pasukan negara sudah boleh tutup buku dan melupakan hasrat untuk beraksi dalam pusingan akhir pertandingan tersebut pada tahun 2015 di Australia.
Memalukan dan menghabiskan wang rakyat sahaja.
Bagaimanapun, aku tak menyalahkan sepenuhnya juruletih, K Rajagopal atas kekalahan semalam. Kesalahan Rajagopal satu saja - dia terlalu bergantung kepada pemain kurang ajar kepada orang Kristian seperti Mat Yo untuk mengetuai barisan serangan.
Sumber memaklumkan Pakatan Rakyat, kekalahan pasukan negara semalam rupa-rupanya turut dipengaruhi oleh beberapa faktor lain, antaranya lawatan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor ke Qatar pada 10 November yang lepas!!
Lawatan itu turut menjadi topik perbahasan hangat di Parlimen berikutan kewajaran Rosmah menggunakan pesawat kerajaan untuk menghadiri Forum Usahawan Wanita Antarabangsa Qatar, walaupun atas jemputan rasmi.
Tapi aku tak berminat nak cerita tentang itu, tak ada apa yang berubah pun. Tahun lepas, kunjungan Rosmah ke Qatar (kebetulan?) turut menjadi isu yang hangat diperdebatkan, tapi keadaan masih sama berlaku hari ini. Buang masa saja mengulas.
Aku lebih berminat nak menyentuh tentang kaitan langsung lawatan tersebut dengan kekalahan pasukan negara semalam.
Memang kalau dipandang secara terus terang, nampak tidak ada apa kaitan antara Rosmah melawat Qatar dengan pasukan bolasepak negara kalah. Tapi kita juga perlu ingat, Qatar juga sedang terdesak mencari sumber pendapatan lain selain minyak.
Jadi, dengan sumber minyak yang semakin habis, adalah penting untuk negara seperti Qatar menjadi tumpuan dunia atas sebab yang lain, perlancongan umpamanya. Dengan itu menjadikan kejayaan pasukan negara tersebut mara ke pusingan akhir Piala AFC di Australia, penting untuk melonjakkan nama Qatar di pentas dunia.
Populariti pertandingan tersebut akan mempromosikan nama Qatar secara tidak langsung dan lebih penting, percuma.
Sememang mengikut kedudukan kumpulan C kelayakan Piala AFC, kemenangan Qatar semalam akan mengesahkan kedudukan pasukan tersebut di Sydney, sementara pasukan negara sudah sepatutnya ucap selamat tinggal lebih awal selepas kalah kepada Bahrain 1-0 tempoh hari di Manama.
Maka itu Pakatan Rakyat yakin, Rosmah pulang bukan dengan tangan kosong, tapi membawa mesej kerajaan Qatar yang mahu pasukan negara bermain untuk kalah dalam perlawanan semalam.
Aku sendiri pun yakin, memang itulah sebabnya walaupun kita tahu sukar nak buktikan perkara tersebut secara hitam putih. Tapi tidak ada bukti tak semestinya tak jadi, tengok dari cara main, berterabur macam lembu pun dah boleh agak.
Pendek kata, kalah semalam tu jangan marah FAM dan Rajagopal saja, marah Rosmah juga.
No comments:
Post a Comment