Wednesday, November 20, 2013

Tahniah Pierre Andre Buat Filem Hentam Polis

Aku belum lagi berkesempatan menonton filem terbaru arahan pengarah muda, Pierre Andre yang turut menampilkan penceramah terkemuka Ustaz Azhar Idrus yang bertajuk "Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang".

Tapi dari respon kawan-kawan yang telah menonton filem tersebut (yang khabarnya turut mendapat pembiayaan kerajaan negeri Pakatan Rakyat), jalan cerita filem ini memang menarik dan ada unsur-unsur menghentam pasukan polis.

Antaranya insiden polis menghalang watak dalam filem tersebut dari bersembahyang di tepi jalan dan beberapa adegan lain yang turut melibatkan pihak polis.

Memang belum pernah berlaku dalam negara ini pihak polis menghalang sesiapa dari bersembahyang di mana-mana pun, cuma dengan adanya adegan seperti ini di dalam filem tersebut, ia boleh menghalang tindakan seperti itu berlaku di masa hadapan.

Tak berlaku hari ini, tak bermaksud tak akan berlaku di masa depan.  Yang penting ialah memberikan kesedaran kepada pihak-pihak berkaitan supaya tidak mengganggu rakyat yang mahu mendengar ceramah agama dari penceramah seperti Azhar Idrus.

Kebolehan dan keberanian macam ini sebetulnya dah makin pupus di kalangan generasi pengarah filem di negara kita dan aku rasa selain Ahmad Idham, Pierre adalah seorang pengarah yang tidak gentar untuk memasukkan adegan kritis dan sinis dalam filem arahannya.

Bukan calang-calang orang boleh buat filem hentam polis.  Kebanyakkan filem hari ini, kalau melibatkan pasukan polis pun, terlalu mengarah kepada perkara-perkara positif yang dilakukan polis.  Sedikit atau tidak ada yang menunjukkan sisi gelap yang berlaku di kalangan anggota pasukan tersebut.

Sedangkan rakyat perlu didedahkan bahawa bukan semua anggota polis ini yang baik dan benar-benar menjalankan tugas seperti diamanahkan.  Ada juga yang tidak begitu dan paparan semacam inilah yang mahu dimasukkan dalam filem untuk penilaian rakyat.

Disinilah filem sepatutnya memainkan peranan, bukan parti-parti politik sahaja.

Ini asyik-asyik polis menang,penjahat kalah, polis menang penjahat kalah.  Sesekali biarlah rakyat menang polis kalah pula, tak boleh ke?

No comments: