Tuesday, November 12, 2013

Lagu GST Macam Bodoh

Hampir semua orang tahu BN sedang terdesak untuk memaksa rakyat menerima perlaksanaan GST.  Maka itu pelbagai promosi dan kempen dijalankan bagi menjelaskan tentang cukai tersebut kepada rakyat.

Bagaimanapun, aku tak tahu pula yang BN begitu terdesak nak menjelaskan tentang GST ini sehingga menggunakan kaedah lagu, yang disiarkan di radio sehingga memekakkan telinga rakyat yang mendengar.

Apa dah takde cara lain ke?  Kalau sedap tu tak apalah juga, ini macam bodoh.

Siapa cipta lagu bodoh macam itu, dan berapa bayaran yang dia terima, BN perlu jelaskan kepada rakyat.  Ahli Parlimen Pakatan Rakyat wajib mempersoalkan perkara ini dalam sidang parlimen yang sedang berjalan.

Kalau mahal, kita perlu bantah kerana lagu itu tersangatlah teruknya, lagi teruk dari lagu nenek-nenek zaman dulu nak menidorkan cucunya di buaian!!

Perlu dipersoalkan juga, berapa bayaran untuk menyiarkan lagu tersebut di stesen radio tempatan?  Jangan kata percuma sebab aku tak yakin ada stesen radio yang nak membazirkan 1 minit masa berharga yang boleh diisi dengan iklan berharga puluhan ribu ringgit dengan lagu bodoh macam itu.

Inilah masalahnya mempunyai kerajaan yang tidak efektif seperti BN.  Ini bukan kali pertama kita lihat kerajaan yang kononnya dipilih rakyat ini terkial-kial nak menjelaskan dasar yang terang terang ditolak oleh rakyat.

Sebelum ini dalam soal PPSMI (Pembelajaran dan Pelajaran Subjek Matematik dan English dalam Bahasa Inggeris), macam itu juga.  

Guru-guru tak dipersediakan dengan pengetahuan yang betul sebelum polisi itu dilaksanakan, malah ada kajian menunjukkan 83% guru yang mengajar 2 matapelajaran tersebut tidak fasih berbahasa Inggeris pun.

Di akhirnya PPSMI entah kemana, prestasi budak-budak sekolah masih di takuk sama macam di zaman nenek moyang mereka bersekolah dulu.

Aku yakin, itulah yang akan berlaku dalam soal perlaksanaan GST ini nanti.  Bila rakyat memberontak kerana dipaksa membayar harga barangan yang meningkat berikutan, masa itulah pelbagai kajian semula nak dijalankan dan akhirbnya kes sama dalam PPSMI, berlaku lagi kali ini. 

Tapi apa sekalipun, jelaslan pasa lagu itu dulu.  Malulah.

No comments: