Tuesday, November 12, 2013

Jika akuan bersumpah Mat Zain jadi dokumen awam


KUALA LUMPUR: Isu yang dihadapi oleh Peguam Negara nampaknya bertambah serius apabila bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim, akan menjadikan akuan bersumpahnya dokumen awam. 


Bagi penulis politik, Aspan Alias, ini adalah kerana Putrajaya (Najib) tidak mengambil sebarang tindakan di atas akaun bersumpah itu terhadap Gani Patail. 



Menurutnya, Putrajaya telah menerima akuan bersumpah Mat Zain lebih dari sebulan yang lalu tetapi tidak akan nampak sebarang tindakan diambil ke atas akuan bersumpah itu sampai ke hari ini.



Menulis di dalam blognya, menurut Aspan lagi, akuan bersumpah Datuk Mat Zain itu mengandungi semua salah laku Peguam Negara dan apa yang dibayangkan setakat ini hanyalah kandungan dalam 2 dari 31 muka surat akuan bersumpah itu. 



Dr Mahathir berkata beliau akan memberikan reaksi setelah membaca semua isi kandungan akuan bersumpah yang setebal 31 muka itu. 



Mahathir sendiri perlu membaca dengan teliti dahulu sebelum memberikan reaksi kerana Gani Patail telah menjadi Peguam Negara sejak pentadbiran beliau.



“Jika terbongkar kesemua kandungan akuan bersumpah itu ia akan menjadikan semua kesalahan yang dikatakan dilakukan oleh Peguam Negara itu menjadi hak milik awam dan hanya memerlukan belanja RM5 sahaja untuk mendapatkan naskah setebal 31 muka itu,” tulisnya. 

No comments: