Dengar ceritanya mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sedang tenat dan berada Institut Jantung Negara (IJN) kerana jangkitan pada jantung.
Seperti biasa, Pakatan Rakyat cukup bimbang kalau Mahathir sakit. Bimbang jika habis semua pakar dan doktor di IJN dikerah untuk memastikan dia selamat dan dapat hidup lebih lama, sementara pesakit lain yang turut memerlukan rawatan, terbiar.
Aku kata bimbang, kalau tak berlaku macam itu eloklah.
Lagipun, ini entah kali berapa Mahathir tenat dan dimasukkan ke IJN, sudah tentu dengan menggunakan dana awam.
Betul, memang tak boleh nak elak dari menggunakan dana awam sebab dia mantan Perdana Menteri, tapi dalam masa sama, kerajaan perlu fikir-fikir jugaklah besar kecil belanjanya yang dikeluarkan untuk menanggung Mahathir seorang.
Lebih-lebih lagi dalam saat rakyat hidup menderita kerana kenaikan harga minyak dan barangan, penghapusan subsidi gula dan sebagainya. Tak sebut pasal GST lagi tu.
Pakatan Rakyat melihat keperluan mendesak agar semua pembaziran dana awam untuk perbelanjaan kesihatan Mahathir ini dihentikan dengan segera. Berapa lama sangat nak tahan nyawa orang tua itu, 10 tahun, 20 tahun?
Kalau biarkan saja dia 'pergi' dengan aman saja tak bolehkah? Bukan Mahahtir boleh hidup menongkat dunia pun.
Jika itu berlaku, semua pihak senang, duit pun tak banyak habis dek menanggung belanja orang tua ini sahaja.
Lainlah kalau dia ada beri sumbangan kepada negara lagi tidak mengapalah jugak dengan perbelanjaan besar yang dikeluarkan untuk rawatan kesihatan selepas bersara.
Masalahnya sekarang, peranan dan sumbangan Mahathir kepada negara tamat sebaik dia meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri lebih 10 tahun dulu
Sejak bersara, dia hanya menjadi alat UMNO untuk mendapatkan sokongan dari kelompok rakyat yang kononnya merasa 'terhutang budi' dengan sumbangan Mahathir sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Apa sumbangan yang besar sangat tu? Kira dia dapat hidup 10 tahun kemudian inipun sudah dikirakan cukup baik. Jarang ada manusia yang boleh hidup selama itu di negara ini.
Kadang-kadang aku tak faham betullah dengan konsep mengenang budi UMNO dan BN. Melampau-lampu sangat.
No comments:
Post a Comment