Negeri Kedah yang aku tahu tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Ini bukan cerita baru, taoiu cerita lama, sejak Pakatan Rakyat memerintah lagi.
Bukan sebab penyelewengan atau rasuah, tapi kerana Kedah ini sememangnya negeri yang tidak mempunyai punca pendapatan utsms ysng lain selain balak dan padi.
Jadi hairanlah kepada kita semua, dari mana Menteri Besar yang baru, Mukhriz Mahathir memperolehi sumber wang yang besar untuk membiayai kenaikan elaun ADUN yang baru seperti diumumkan dalam pembentangan bajet 2014 hari ini.
Elaun Adun Kedah sekarang naik sebanyak RM 1,300 menjadi RM 6,967 sebuilan.
Benar, ADUN juga perlu kenaikan elaun kerana jawatan itu bukan seperti pekerjaan makan gaji yang biasa. Tapi ini tak sepatutnya berlaku sekarang, sewaktu kewangan negeri sedang berada pada tahap yang sangat kritikal.
Pada waktu semacam ini, tidak sepatutnyalah wang rakyat digunakan untuk kelebihan satu pihak saja (wakil rakyat) sementara rakyat dibawah masih ramai yang menderita.
Oleh yang demikian, demi keadilan kepada semua, wakil rakyat Pakatan Rakyat di DUN Kedah haruslah menolak kenaikan ini atau menggunakan wang tersebut untuk kepentingan yang lain dari kepentingan diri sendiri.
Ini adalah sebagai bukti keprihatinan Pakatan Rakyat terhadap penggunaan dana umum yang lebih efisen dan memberikan pulangan jauh lebih besar kepada kerajaan negeri.
Selain itu, Pakatan Rakyat juga melihat kenaikan ini hanyalah satu sandiwara UMNO untuk mengaburi fikiran rakyat seolah-olahnya kerajaan BN sedia ada prihatin dengan kebajikan ADUN, termasuk dari Pakatan Rakyat.
Hakikatnya, kenaikan ini nampaknya hanyalah untuk memewahkan wakil rakyat BN sebagai bonus kerana berjaya merampas Kedah dalam PRU13 yang lepas.
Aku yakin, termasuk yang naik (tapi tidak diumumkan) ialah elaun Menteri Besar sendiri dan para Exconya.
Itu saja sebabnya, maka itulah ADUN Pakatan Rakyat Kedah perlu menolak kenaikan ini. Inilah masanya mengenepikan kepentingan sendiri dan mengutamakan kepentingan rakyat.
No comments:
Post a Comment