Selepas menamatkan lawatan ke Sri Lanka kerana menghadiri mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel, Najib Tun Razak dan rombongannya dilaporkan menuju ke Bangladesh pula untuk lawatan selama 3 hari bermula semalam.
Agak pelik bila seorang Perdana Menteri Malaysia mengadakan lawatan selama 3 hari ke negara miskin dan mundur seperti Bangladesh. Entah apalah yang dicari di negara yang hampir 70% rakyatnya berada di tahap kemiskinan tegar dan seringkali dilanda bencana alam seperti ribut dan banjir.
Atau mungkinkah Najib ke Bangladesh untuk menguruskan sejuta pengundi hantu sebagai persiapan bagi menghadapi PRU14 yang akan diadakan nanti?
Ingat blog ini pernah membangkitkan persoalan ini dahulu berikutan maklumat dalaman yang mengatakan UMNO akan sekali lagi menggunakan khidmat pengundi hantu dalam jumlah yang lebih ramai berikutan kejayaan mengejut parti tersebut dalam PRU13 yang lepas.
Memang Pakatan Rakyat masih tidak dapat membuktikan kewujudan pengundi Bangladesh seramai 40,000 orang dalam PRU13 yang lepas, tapi itu bukan bermaksud isu tersebut tidak benar.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli seharusnya dipersalahkan atas kegagalan mengemukakan bukti tersebut sedangkan kenyataan mengenai kewujudan pengundi hantu tersebut telah disokong oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.
Sementara itu, kunjungan Najib ke Bangladesh sekarang ini sudah boleh dianggap bukti kukuh bahawa sememangnya UMNO menggunakan pengundi hantu dalam PRU13 yang lepas dan Najib sudah mula menggerakkan usaha tersebut dari sekarang.
Maklumlah jumlah yang terlibat kali ini adalah berkali ganda lebih ramai dari 40,000 orang yang digunakan UMNO dalam PRU13 yang lepas.
Berbanding kunjungan Najib ke Sri Lanka yang membangkitkan bantahan komuniti di negara ini Tamil kelmarin, lawatan ke Bangladesh ini sebenarnya lebih berpotensi untuk mendatangkan bahaya kepada Pakatan Rakyat kerana peranan pengundi hantu Bangladesh dalam PRU14 yang lepas terbukti berkesan kepada UMNO.
Senoga ada pihak yang berminat untuk mengkaji lawatan ini dengan lebih mendalam bagi memastikan tidak ada usaha untuk membawa masuk rakyat Bangladesh bagi tujuan tersebut.
No comments:
Post a Comment