Friday, November 1, 2013

Masalah....Harun Taib DIlantik Ketua Ulama Semula

KUALA LUMPUR: Penyandang Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Harun Taib dijangka mempertahankan jawatannya selepas dinamakan sebagai calon tunggal bagi pemilihan parti sesi 2013-2015.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti PAS Pusat Asmuni Awi berkata, sehingga tarikh tutup penyerahan borang pencalonan pukul 12 malam tadi, pencalonan Harun sebulat suara diterima daripada kesemua lima  negeri.
 
Manakala bagi Timbalan dan Naib Ketua, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob serta Datuk Dr Mahfodz Mohamed masing-masing juga satu-satunya calon layak bagi mengisi jawatan tertinggi dalam Dewan Ulamak PAS Pusat.
Bagi Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja, seramai 32 nama diterima namun hanya 15 orang sahaja yang disahkan layak bertanding bagi merebut 12 kerusi kosong.
 
“Bagaimanapun mereka yang tercalon mesti balas dalam surat pemberitahuan rasmi atau melalui email berisi butiran lengkap dan hantar kepada Pejabat Agung PAS pada 8 November sebelum jam 5petang.
 
“Mana-mana borang (jawapan) yang diterima selepas tarikh ditetapkan kita akan tolak,” katanya dalam taklimat kepada media di sini hari ini.
 
Beliau berkata, pihaknya menerima pencalonan hanya lima daripada jumlah keseluruhan 14 negeri.
“Ada sembilan negeri yang tak hantar pencalonan dan kelima-lima pencalonan ini sah diterima,” katanya.
 
Namun, menurunya timbul sedikit masalah apabila pihaknya tidak menerima sebarang nama individu yang perlu dicalonkan sebagai Timbalan Pengerusi Tetap.
 
Begitu juga dengan Pemeriksa Kira-Kira apabila pihaknya hanya menerima satu pencalonan sahaja, sedangkan perlembagaan parti menetapkan perlu ada dua orang.
 
“Mungkin juga ada masalah timbul sekiranya jumlah pencalonan AJK kurang daripada 12 orang.
“Kalau kurang maka baki kena selesaikan masa muktamar nanti.
“Saya harap mereka yang tercalon takkan tarik diri.
“Ini mungkin pertama kali terjadi, saya pun tak tahu bagaimana boleh jadi macam ini,” katanya.
 
Pemilihan PAS akan diadakan semasa Muktamar Tahunan ke-59 yang pada 22 hingga 24 November ini di Stadium Melawati, Shah Alam.
 
Senarau calon yang layak bertanding Dewan Ulamak PAS Pusat Sesi 2013-2015:
 
Pengerusi Tetap: Hamdan Mohamad
Timbalan Pengerusi: Tiada
Ketua: Datuk Harun Taib
Timbalan Ketua: Datuk Ahmad Yaakob
Naib Ketua: Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Pemeriksa Kira-Kira:
1) Ibrahim Omar
2) Tiada
AJK:
1) Abdullah Hussin
2)Abu Bakar Abdullah
3) Mohd Asri Mat Daud
4) Mustafa Shaari
5) Azhar Yaakob
6) Dr Badrulzaman Yusud
7) Khir Muntanazar Ismail
8) Dr Khairudin Aman Razali
9) Mohd Lutfi Ariffin
10) Mohd Zain Abdul Rahman
11) Mokhtar Senik
12) Mik Mohamad Zawawi Salleh
13) Zulkifli Ismail
14) Mohd Zainol Asri Romli
15) Mohamad Ismi Taib
Jumlah borang pencalonan diterima daripada kawasan: 5 negeri
Jumlah pencalonan ditolak: -
Jumlah pencalonan sah/diterima: 5 borang

No comments: