Friday, November 1, 2013

PRK Sg Limau: Takzirah Anwar Hari Ini Akan Dihalang Geng 30

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan memulakan siri berkampung di Sungai Limau pada hari ini sehingga tarikh pengundian tamat pada 4hb nanti.

Bermula dengan menjadi khatib sembahyang Jumaat sebentar tadi, Anwar dan rombongannya yang mula tiba awal pagi tadi di Sungai Limau, dijangka akan menyampaikan tazkirah di Masjid Batu 16 Sungai Lumat pada waktu Maghrib sebelum memulakan ceramah Perdana di Kampung Sedaka pada sebelah malam.

UMNO yang bimbang tazkirah Anwar nanti akan menghapuskan terus saki baki peluang yang tinggal untuk parti perkauman melayu tersebut menang di Sungai Limau, dijangka menggunakan taktik kotor bagi menghalang Anwar dari meneruskan program yang telah dirancang.
 
Aku difahamkan sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Geng 30 telah dibayar UMNO untuk menghalang Anwar dari mengadakan tazkirah di surau tersebut.
 
Kumpulan yang dianggotai samseng-samseng Melayu bekas banduan ini akan menggunakan pendekatan ganas bagi memastikan Anwar tidak sempat mencapai mikrofon untuk memulakan tazkirah Maghribnya.
 
Menurut kumpulan keselamatan Pakatan Rakyat, Geng 30 ini juga adalah pihak sama yang menggantung poster yang menunjukkan kononnya penduduk di Sungai Lumat menolak kehadiran Anwar untuk memberikan tazkirah di surau tersebut.
 
 
Justeru, untuk memastikan keselamatan Anwar, aku rasa masih belum terlambat untuk membatalkan program tersebut.  Pada saat artikel ini ditulis, aku difahamkan senjata merbahaya dan objek keras seperti batu telah disediakan oleh Geng 30 ini untuk 'menyambut' Anwar.
 
Pakatan Rakyat tidak boleh mengambil risiko Anwar cedera atau mungkin terbunuh akibat provokasi yang bakal dicetuskan Geng 30 ini nanti.
 
Semua ini bagaimanapun menunjukkan satu perkara sahaja - UMNO telah yakin bahawa parti itu pasti akan kalah nanti.  Jadi UMNO mengambil pendekatan keganasan untuk memburukkan Anwar dengan membuat gangguan seperti ini.

No comments: