KUALA LUMPUR - PR menafikan pernah menuduh kerajaan membawa masuk 40,000 pengundi haram warga Bangladesh pada PRU13 lalu.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, kenyataan tersebut diputar belit blogger Umno dan bukannya daripada pimpinan pembangkang.
“Saya jelaskan sedikit sahaja bersabit ucapan Datuk Seri Najib Razak semasa ucapan belanjawan yang mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengatakan PR menuduh SPR mendaftar 40,000 Bangladesh.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, kenyataan tersebut diputar belit blogger Umno dan bukannya daripada pimpinan pembangkang.
“Saya jelaskan sedikit sahaja bersabit ucapan Datuk Seri Najib Razak semasa ucapan belanjawan yang mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengatakan PR menuduh SPR mendaftar 40,000 Bangladesh.
“Kita sudah jelaskan dan membuat ‘carian dalam internet’ sama ada wujud kenyataan ini? Dalam penelitian yang dibuat, tidak ada kenyataan sebegini, yang ada hanyalah pengundi dibawa dengan pesawat termasuk orang luar daripada Sabah dan Sarawak,” katanya kepada media di lobi Parlimen, semalam.
Beliau berkata demikian berikutan kenyataan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina yang menafikan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia serta menolak dakwaan pembangkang kononnya 40,000 warga Bangladesh mengundi BN pada PRU13.
"Kenyataan kami (sebelum ini) bersabit pengundi luar hanya menyentuh beberapa pengundi awal yang mempunyai rekod warganegara luar. Kedua, kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz (Mohd Yusof) ada 62,000 pengundi diragui masuk dalam daftar pemilih.
"Ketiga kenyataan saya adalah selepas undi awal dengan bukti, nama, kad pengenalan dan warganegara, (termasuk India), Bangladesh, Indonesia dan Filipina, soalan saya ialah bagaimana orang dalam kategori warganegara ini boleh masuk dalam sebagai pengundi awal di bawah tentera dan polis?” katanya.
Terdahulu, Najib dalam pertemuannya dengan Sheikh Hasina baru-baru ini berkata, pemimpin kerajaan negara Asia Selatan itu menggeleng kepala tanda tidak percaya dengan dakwaan kononnya rakyatnya terbabit dalam pengundian pada PRU13.
“Tetapi sekarang ini, dia yang (Najib) lemparkan (kenyataan) dan minta bantuan Perdana Menteri Bangladesh untuk mengatakan pengundi Bangladesh, mana menteri Bangladesh tahu,” katanya.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dilihat tidak berpuas hati dengan penafian Perdana Menteri Bangladesh mengenai wujud rakyatnya menjadi pengundi haram di Malaysia dan menyifatkan Sheikh Hasina tidak mengetahui lanjut mengenai dakwaan tersebut.
“Seharusnya SPR pantau perkara ini. Kegagalan SPR berbuat demikian, membuktikan SPR berat sebelah dan ia harus diserahkan kepada satu pasukan atau suruhanjaya bebas untuk tentukan siapa yang kata 40,000 orang?
"Kenyataan 40,000 itu rupa-rupanya dibawa blogger Umno, sementara kenyataan PR memang wujud pengundi luar dan kita buktikan nama dengan kewarganegaraan dalam daftar pemilih dan kita rujuk kenyataan SPR dan disahkan Suruhanjaya RCI,” katanya.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Belanjawan 2014 peringkat dasar di Dewan Rakyat menyelar dakwaan itu dan mendedahkan bahawa dalam tempoh 10 tahun lalu, hanya 12 orang Bangladesh mendapat kerakyatan dan menjadi warganegara Malaysia.
No comments:
Post a Comment