Kekalahan tipis Datuk Mahfuz Omar dan kemenangan calon pro ulama, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Naib Presiden PAS dalam muktamar tahunan parti tersebut yang berakhir semalam, sebenarnya adalah satu tamparan hebat kepada parti itu.
Mahfuz baru saja membuktikan kebolehannya mengembalikan maruah PAS apabila mengemudi kempen parti tersebut di Sungai Limau sehingga berjaya, dan akhirnya beliau dikalahkan semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan ulama dalam barisan tertinggi kepimpinan PAS?
Ini bukan cara yang betul nak membalas budi Mahfuz.
Sedangkan Tuan Ibrahim tidak pernah dibuktikan berjaya mengemudi PAS dalam sebarang kempen pilihanraya. Dia sendiri bertanding di DUN Jengka pun kalah 2 kali berturut-berturut. Harap nampak macam alim sajalah, tapi setakat alim, bukan boleh bawa suara rakyat pun di Parlimen atau DUN.
Berbanding dengan Mahfuz yang telah berjaya mempertahankan Parlimen Pokok Sena buat kali kedua walaupun dihambat dengan begitu hebat oleh bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail dalam PRU13 yang lepas.
Sahlan bukan calang-calang orang, dia dipilih sendiri oleh Najib Tun Razak, itupun Mahfuz berjaya juga mengatasinya dengan majoriti yang agak selesa, 3,935 undi.
Bukan niat tu nak pertikai demokrasi dalam PAS tapi jelas sangat dari semua fakta ini, jelas menunjukkan Mahfuz adalah seorang yang jauh lebih layak daripada Tuan Ibrahim.
Memang kita akui Mahfuz ada kekurangan dari segi kelayakan akademik berbanding yang calon Naib Presiden yang lain, tapi dalam dunia politik, semua itu tidak begitu penting.
Memang kita akui Mahfuz ada kekurangan dari segi kelayakan akademik berbanding yang calon Naib Presiden yang lain, tapi dalam dunia politik, semua itu tidak begitu penting.
Tak guna kalau ada kelulusan bergulung tapi tak tahu bagaimana nak menarik rakyat untuk mengundi parti yang diwakili dalam pilihanraya. Dalam masa yang sama aku tak pula mencadangkan supaya orang bodoh diletakkan sebagai calon pilihanraya, bergantung pada tahap sokongan rakyatlah.
Justeru, Pakatan Rakyat perlu menyusun strategi dari sekarang - strategi sama yang digunakan untuk menjamin kemenangan Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) sebagai Timbalan Presiden tempoh hari, supaya dalam tempoh 2 tahun lagi, kesilapan hari ini tidak akan berulang.
Kalau tidak, PAS (tanpa Mahfuz) pasti akan melungkup lebih teruk dari pretasi terburuk mereka yang dicatatkan dalam PRU13 yang lepas.
No comments:
Post a Comment