Monday, November 25, 2013

Syukur Nurul Izzah Tak Jadi Mangsa

Terkejut juga aku semalam bila dimaklumkan bahawa seorang lelaki yang didakwa bekerja sebagai pemandu peribadi kepada seorang Ahli Parlimen wanita Pakatan Rakyat dari PKR, ditangkap kerana disyaki merogol dan memukul seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Sehingga tengah hari ini aku masih menunggu pengesahan dari sumber di ibu pejabat PKR di Tropicana sama ada benar lelaki durjana berkenaan bertugas dengan Ahli Parlimen berkenaan

Kalau betul, maka aku bersyukurlah sebab beliau tak menjadi mangsa kepada lelaki tersebut.  Zaman hari ini memang dah banyak kes hampir serupa yang aku dengar, cuma tak sangka pula ia berlaku kepada pemimpin tertinggi PKR seperti Ahli Parlimen berkenaan.


Apa pun, aku harap UMNO tidak mengambil peluang untuk mensensasikan peristiwa ini dan mengaitkannya dengan PKR.

Pertama kita masih tidak pasti sama ada lelaki berkenaan betul-betul bertugas dengan Ahli Parlimen berkenaan atau tidak.  Kedua, dia baru disyaki, belum didapati bersalah pun dan akhir sekali, kejadian ini tidak ada kaitan dengan PKR langsung.

Ini adalah masalah lelaki itu sendiri yang tidak dapat mengawal nafsu.

Aku perlu jelaskan perkara ini dengan lebih awal kerana UMNO kita tahu memang mencari jalan untuk mengaitkan PKR dengan skandal seks yang tidak berkesudahan.  Ini memang modus operandi mereka sejak dulu.

Biarlah tidak ada siapa dalam dunia yang percaya pun, UMNO tidak peduli, yang penting pada mereka ialah nama baik pemimpin-pemimpin PKR perlu diconteng dan diburukkan selalu.  Terutama dalam kes ini dimana melibatkan lelaki yang didakwa berkerja dengan Ahli Parlimen yang juga anak kepada pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen itu sendiri pun pernah dikaitkan mempunyai skandal seks dengan pensyarah semasa belajar dahulu, sehinggakan video yang kononnya memaparkan adegan seks tersebut, disebar secara meluas menjelang PRU13 yang lepas.

Isu itu bagaimanapun gagal meyakinkan sesiapa kerana muka pelakunya tidak jelas dan Ahli Parlimen berkenaan berjaya mengekalkan kerusi yang disandangnya tanpa sebarang masalah.  Selain itu, ada juga penjelasan dari ibu Ahli Parlimen berkenaan di blognya mengenai peristiwa tersebut.

No comments: