Monday, November 25, 2013

Rajagopal Perlu Dipertahankan Sebagai Jurulatih Kebangsaan

Seperti yang semua orang sangka, Ketua Jurulatih bolasepak negara, Datuk K Rajagopal akhir dipecat dari skuad kebangsaan berkuatkuasa akhir tahun ini dan jawatan itu diisi sementara oleh jurulatih skuad remaja, Datuk Ong Kim Swee.

Betullah bunyinya kontrak tidak disambung, tapi itu bahasa sopan, bahasa kasarnya, kena terajang keluarlah.

Pakatan Rakyat bagaimanapun tak berapa setujulah dengan pemecatan Rajagopal sebab pada pemerhatian kita, kelemahan skuad kebangsaan hari ini bukan sangat salah Rajagopal sebagai jurulatih, tapi lebih kepada faktor-faktor lain yang tidak berkaitan sangat dengan taktikal dan perancangan di atas padang.


Kita merujuk ini kepada politiking yang berlaku dalam FAM itu sendiri sehingga menjejaskan prestasi skuad kebangsaan.  Rajagopal memang ada silap sana sini, antaranya suka guna pemain biadap terhadap masyarakat Kristian macam Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo), tapi ada isu lain yang lebih kritikal dari itu.

Contohnya, perbalahan antara FAM dan Menteri Sukan, Khairy Jamaludin, perbalahan antara Safee Sali dan Datuk Zulkoples Embong (Ketua Pengarah MSN) dan lain-lain perbalahan yang tidak disiarkan kepada umum.

Semua inilah yang sebenarnya menjejaskan prestasi skuad kebangsaan, bukan faktor Rajagopal sangat.  

Bodoh-bodoh pun, dibawah bimbingan Rajagopal, skuad negara mampu menang pingat emas sukan SEA setelah 20 tahun, disamping menjuarai Piala AFF buat pertama kali pada 2010 sejak piala tersebut mula diperkenalkan pada 1996.

Lagipun Pakatan Rakyat melihat pemecatan Rajagopal seolah-olah satu penghinaan tidak langsung kepada masyarakat India dan Hindu.  Hanya kerana prestasi menurun sikit, maka Rajagopal dijadikan mangsa, padahal, banyak juga jurulatih sebelum ini yang gagal tapi masih diberi peluang beberapa tahun lagi.

Apa sebab Rajagopal bangsa India ke?  Ini aku tanya, tak tuduh pun.  Kalau bukan itu sebabnya, tak mengapalah, tapi kalau ada unsur itu (perkauman), maka sudah tentu ada pihak kena menjawab.

Mungkin ramai tidak tahu, sejak 30 tahun lepas, sudah 22 jurulatih asing dan tempatan mengemudi skuad bolasepak kebangsaan.  

Contohnya, negara kita pernah dibimbing jurulatih Claude Le Roy yang mempunyai sejarah kejayaan panjang dengan membimbing pasukan Cameron sehingga menjuarai Piala Negara Afrika dan beberapa kejayaan lain.

Tapi bimbing pasukan negara antara 1994 - 1995, prestasi kita tetap tak ke mana.

Anehnya, setelah Le Roy kembali membimbing Cameron sebaik menamatkan khidmat dengan pasukan negara, beliau berjaya membawa Cameron layak ke Piala Dunia 1998!!  Menunjukkan masalah bolasepak di negara kita bukan dengan jurulatih tapi faktor-faktor di luar padang!!

Justeru, Pakatan Rakyat melihat pemecatan Rajagopal ini tidak akan menyelesaikan langsung masalah bolasepak kita selagi faktor-faktor luar padang yang disebutkan tadi, tidak diselesaikan terlebih dahulu.

Selain itu, dari banyak-banyak perkara yang berubah, apa yang tidak pernah berganjak, malah kekal disitu sejak 30 tahun lepas?  

Dapat jawapan, dapatlah jalan penyelesaian.

No comments: