BARISAN Nasional (BN) menggesa Pas bersama-sama menyokong usul menangguhkan mesyuarat di bawah Peraturan 17 Dewan Negeri mengenai bantahan terhadap tuntutan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango).
Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) berkata, pihaknya akur dengan keputusan Speaker menolak usul tersebut daripada dikemukakan di sidang Dun kelmarin.
“Saya berharap Pas dapat bersama-sama dengan kita membantah mengenai perkara ini.
“Usul ini ditolak kerana Speaker memberi alasan bahawa perkara tersebut tidak perlu disegerakan kerana ada urusan dewan yang lebih penting,” katanya pada sidang media di sidang Dun, semalam.Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) berkata, pihaknya akur dengan keputusan Speaker menolak usul tersebut daripada dikemukakan di sidang Dun kelmarin.
“Saya berharap Pas dapat bersama-sama dengan kita membantah mengenai perkara ini.
Mohd Shamsuddin berkata, kebersamaan Pas menyokong usul BN diharapkan demi perpaduan ummah.
Menurutnya, tuntutan Comango tersebut perlu diberi perhatian serius kerana boleh menggugat akidah umat Islam di negara ini.
“Kita dah nyatakan pendirian kita terhadap Comango yang sememangnya tidak wajar.
“Kita mengutuk sekeras-kerasnya terhadap gabungan ini dalam konteks masyarakat majmuk di negara ini. Kita menuntut pendirian daripada kerajaan negeri berhubung perkara ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment